Wednesday, December 21, 2011

5-Short Story : You Are My Hero !!



Tajuk : Your Are My Hero!
Pelakon :
1-      Hwang Chan Sung (2PM) – Chansung
2-      Mun Geun Young – Hyun So Sunny
3-      G-Dragon (Big Bang) – JinYoung
4-      Narsha (Brown Eyed Girl) – Narsha
5-      Sunhwa (Secret) – Mieyra


“Cik Jinyoung tolong serah diri”bentak polis lalu menendang pintu bilik hotel.Jinyoung yang tidak sempat melarikan diri terpaksa di tahan. Jinyoung telah diburu oleh polis sejak 7 tahun yang lalu atas kesalahan  mengedar dadah dan tertuduh membunuh. Kring..kring...kring..Sunny yang sedang lena di kamar terjaga dan mendapat satu panggilan “Yubseayo,Sunny”,”Nea,Jinyoung! Awak dimana?”,”Maafkan saya kerana tidak dapat menjaga awak dengan baik. Saya telah di tahan. Kemungkinan saya akan di gantung”ucap Jinyoung. Aku amat terkejut sekali apabila mendapat berita itu dari kekasihku lalu aku jatuh pengsan.
Setelah sedar dari pengsan,aku bergegas ke balai polis dengan menaiki teksi. Setiba di sana,aku dibenarkan melawat. “Sayang,maafkan saya. Saya memang mengaku mengedar tapi saya tak bunuh orang. Percayakan saya Sunny” jelas Jinyoung. Aku masih tidak dapat menerima hakikat,air mataku semakin deras mengalir. “Sayang jangan menangis. Sekiranya saya tiada di dunia lagi, jaga diri sayang baik-baik ya?”pesannya lagi. “Saya akan dihadap mahkamah pada 7 Dis ini. Awak tolong hadir ya?”pesannya.”Ok masa tamat untuk melawat.”kata pengawal disitu.

Di mahkamah,

“Adakah Jinyoung bersalah atas tuduhan mengedar dadah pada 2 Feb 2006,10 malam di Kelab malam Lady? Dan pada 24 Julai tertuduh membunuh Park Jea Young iaitu pengurus syarikat kelab malam Lady ?” soal hakim. “Saya mengaku saya bersalah dalam tuduhan mengedar dadah tapi saya tidak membunuh Park Jea Young”jawab Jinyoung. “Saya membantah tuan hakim. Jinyoung telah membunuh Park Jea Young di kelab malam dan pada masa yang sama saya berada di situ.”bantah seorang defendan. “Baiklah tunjukkan buktinya.” kata tuan hakimnya lagi.”Tapi memang betul dia yang bunuh,Maaf tuan hakim saya tiada bukti hanya saksi sahaja yang ada”jawabnya lagi.”Siapakah saksi tertuduh?” soal hakim,”Hyun So Sunny,tuan”jawabnya.”Cik Hyun So Sunny tolong masuk ke kandang saksi”arah seorang disitu. Aku pun menuruti saja arahannya. Aku memandang Jinyoung dengan penuh rasa sedih sekali. “Sebenarnya tuan hakim,memang Jinyoung tidak bersalah sama sekali. Bukan dia yang tikam Park Jea Young,yang menikamnya adalah Hyumea Hikaru. Hyumea adalah berbangsa Jepun dan dia telah mengajak Jinyoung menemaninya untuk berjumpa dengan Park Jea Young atas urusan dadah. Pada masa itu, saya,Jinyoung dan Hyumea. Dan ini buktinya” aku menunjukkan resit belian dan surat perjanjian pembeli.”Dimanakah sekarang Hyumea Hikaru,cik Hyun?”soal defendan. “Dia telah melarikan diri sejak membunuh Park Jea Young”jelas aku lagi. “Baiklah tak kiralah sama ada membunuh atau tidak. Tapi kes yang paling berat ialah mengedar dadah. Dadah yang dijumpai seberat 700 kilogram dan akan di hukum gantung sampai mati.”arah tuan hakim. Aku berasa sangat sedih sekali dan aku jatuh pengsan. Aku terasa tubuh aku di angkat oleh seseorang dan dia menyelimutkan aku.
Apabila aku sedar aku dapati aku di dalam rumah seseorang,”Cik rehat dulu jangan bangun,sekejap lagi saya bawakan air untuk cik.”jelas seorang lelaki.”Eh..sekejap! sekarang nie saya berada di mana?”soal aku.”Ouh.. kenalkan saya Chansung. Tadi awak jatuh pengsan di parkir kereta. Jadi saya bawalah awak pulang kesini. Jangan risau saya tak apa-apakan awak”jelas Chansung dengan lembut sambil berjabat tangan dengan aku. “Awak masih bersekolah ke?” soal Chansung. “Ya,saya masih bersekolah dan ini tahun akhir saya” jawab aku.”Ouh ye ke? Samalah tahun nie pun tahun terakhir saya,awak kelas apa?”soalnya.”Saya kelas 5 A-2.”jawab aku.”Hurm..nampaknya kita berjiranlah”katanya.”Jiran? apa maksud awak?”soal aku dengan penuh hairan. “Saya kelas 5 A-1”jawabnya.”Ouh..huhu” perasaan sedih kian surut apabila aku di hibur oleh seorang lelaki yang telah menyelamatkan aku.

“Kamsahamnida Chansung”ucap aku kerana dia telah menghantar aku pulang ke rumah. Dia membalas dengan senyuman. Penatnyalah seharian aku tiada di rumah. Banyak yang aku perlu kemas. Hari dah larut malamlah. Tidur sajalah.

Keesokkan harinya,

Aku nekad nak pindah ke tempat baru,apa yang penting janganlah aku dekat lagi dengan segala kenangan dengan Jinyoung. Siap berkemas,aku pun melangkah keluar dari rumah dan aku terpaksa tinggalkan pelajaran aku. Dan aku mahu hidup sendirian,aku dah tiada mak ayah apatah lagi orang yang aku cintai sudah pun melakukan kesalahan yang tiada maaf dan tiada peluang untuk hidup lagi.

“Wah..cantiknya rumah kau nie”puji aku pada Narsha.”Hurm.. sementara kau tak da tempat nak tinggal nie. Kau tumpang sajalah rumah aku nie. Lagipun mak ayah aku dah pulang England hanya aku dan kakak aku sajalah. Itupun kadang-kadang tak balik sebab sibuk dengan tugasannya.”jelas Narsha. Narsha adalah seorang kawan yang selalu menolong aku tak kira susah dan senang pun. Aku sayang kawan macam  nie. “Kau lupakan sajalah si Jinyoung tu. Aku harap kau bahagia disini.Eh..kau nak air apa? Aku buatkan.” Kata Narsha.”Hurm..tak apalah Narsha.”jawab aku lagi.”Kau kemas sajalah apa yang patut.”katanya lagi.

Esok aku nak cari kerja,tak kiralah kerja apa pun. “Hai aku Mieyra! Kakak Narsha”sapa seorang perempuan.”Hai aku Sunny.”jawab aku.”Tengah cari job ke?”soal Meiyra.”Ya,kenapa? Ada kosong untuk saya ke?”soalku. “Ok,mulai esok kau ikut aku”cadang Mieyra. Aku mengangguk tanpa seribu kata.

Keesokkan paginya,

“Sunny kau dah siap ke belum. Lagi 10 minit kita bertolak”,”Ok,kejap ya?”. Setiba disana kelihatan ramai sekali dan suasananya amat gelap. Aku berasa takut sekali. “Tugas kau hanya menjadi pelayan kelab nie ok? Sekiranya ada VIP nak kan layanan kau join ok? Dengan itu kau akan banyak dapat income!”katanya. Maksudnya aku menjadi GRO la. Mana aku nak lari nie. Banyak persoalan di fikiranku. Aku amat bingung sekali. “Cik,marilah sini”tegur seorang lelaki di situ.”Mari ikut saya”tarik seorang lelaki yang memakai baju warna oren itu. “Awak nie siapa? Eh.. lepaskan saya!”jerit aku yang entah dengar entah tidak. Kerana muziknya sangat kuat. “Diam! Saya orang baiklah. Saya Chansunglah”jawabnya kembali. “Kenapa awak ke sini?”soal aku dengan penuh kehairanan. “Semalam saya datang kerumah awak. Dan jiran awak mengatakan awak dah berpindah kerumah kawan awak. Awak tahu tak itu rumah siapa? Itu rumah bekas teman wanita saya tahu? Awak tolong keluar dari rumah itu juga. Kakaknya suka menjual orang. Termasuklah awak!”jelas Chansung. Aku terlopong dengan seribu makna.
Sejak Chansung berkata sedemikian, aku pun berpindah keluar dari rumah itu. Dan aku bagi alasan yang mengatakan aku dah sewa di tempat lain. Padahal aku terpaksa menumpang ke rumah Chansung. Nasib baik ibu bapa Chansung faham akan keadaan aku.”Sunny,buatlah rumah nie macam rumah sendiri ya?”ucap ibuya.

Suatu petang,

Kring...kring..kring... “Hei Chansung kenapa awak amik Sunny dari saya? Awak nie mmg dah melampaulah”,”Melampau awak kata? Awak tu yang tak sedar diri. Sampai hati awak nak rosakkan Sunny. Ingat saya dapat tahu awak berhubung dengan Sunny nahas awak!”amaran Chansung pada Mieyra. “Ouh nak cabar saya ya? Nanti awak tunggu sajalah habuan emas awak tu”.”Kalau awak berani nak apa-apakan Sunny,nyawa awak di hujung tanduk saya saja tahu?”amarannya lagi.

Tepat pukul 10 malam, Chansung masih belum pulang lagi kerumah. Aku berasa tidak sedap hati dan jiwa aku semakin resah gelisah. Aku pun mencari Chansung setiba di satu lorong, aku ternampak seorang lelaki terbaring di atas jalan dengan muka yang penuh darah dan badan penuh kesan lebam. “Chansung ini awakkah?”,”Ya saya”,”Kenapa awak jadi macam nie? Siapa yang lakukan sebegini pada awak?”,”Mieyra..”. Aku terasa amat berangin saja di hati aku nie.

Selepas kejadian itu, hidup aku dan Chansung amat bahagia. Tapi aku hanya menganggap dia sebagai kawan dan abang bagi aku. Ibu bapa dan adik beradiknya amat mesra dengan aku. Tapi di dalam hati aku masih rindukan dakapan Jinyoung. Aku rindukan nyanyian dan segala-galanya tentang Jinyoung. Mungkin lepas aku berpisah dengan Jinyoung aku harap tiada siapa lagi yang menggantikan tempat kasih Jinyoung. Biarlah aku anggap dia kekasih aku yang terawal dan terakhir.

“Oit.. termenung jauh nampak?”tegur Chansung. “Eh, taklah”jawab aku. “Awak masih teringatkan lagi Jinyoung ke?” soalnya lagi. “Hurm.. nampaknya tepat jawapan anda.”jawab aku lagi. “Hurm.. awak lupakan sajalah. Mungkin susah bagi seseorang melupakan tapi awak boleh lakukan”katanya lagi. “Ok, saya akan cuba”jawabku lagi. “Kalau tak boleh lupakan.. tenung muka saya nie”gurau Chansung. “haha..pandai-pandai saja. Awak nie dukun ker? Kalau tenung saja dah boleh lupakan kisah lalu. Haha.. dasyatlah awak nie”balas ku lagi.
Suatu malam,

“Eh.. tepat jam pukul 12 malam kita akan sambut Krismas!” kata Chansung. Segala persiapan telah pun mereka lakukan. Aku pun turut menolong mereka. Tiba-tiba ada orang mengetuk pintu,”Moseyo Chansung!”ucap Mieyra sambil berpura-pura baik di depan aku dan memeluk Chansung.”Ishh..lepaskanlah! saya rimas.”marah Chansung. “Ala, awak nie macam tak biasa pula”katanya lagi sambil menjeling kea rah aku. Aku hanya menundukkan kepala manakala ibu bapanya buat tak tahu sahaja seolah-olah Mieyra tiada dihadapan aku. “Awak kita bersama balik nak tak? Saya sayang awak tahu? Maafkan saya pasal hari tu tau?”ucapnya.”Apa? eii.. tak mahulah. Saya dah ada pengganti lagi baik dari awak.”,”Ouh ye ke? Siapa?”, lalu Chansung menarik lengan aku dan menunjukkan aku kepada Mieyra. “Ish.. budak kotor nie?”soal Mieyra yang tidak puas hati. “Tak lama lagi aku akan berkahwin dengannya”jawabnya lagi. Terkejut bukan kepalang lagi. “Betullkah dia nak kahwin dengan aku? Huhu.. main-main saja kot.”bisik ku dalam hati. “Betul saya akan kahwin dengannya. Sunny saya akan kahwin dengan awak tak lama lagi. Ini betul-betul bukan main-main.” Dia memegang erat tangan dan dia mengucup dahi. Sebentuk cincin telah pun di sarungkan di jari manisku. “Awak nie kan? Grr..”marah Mieyra dan terus keluar dari rumah.

Sebaik keluar dari rumah Chansung, dia telah di kepung oleh polis. “Awak Mieyra, awak akan ditahan kerana kesalahan mengupah orang membelasah cik Chansung” kata polis itu. Mieyra yang tidak dapat melarikan diri itu, terpaksa di gari dan di bawa ke balai. Ting..tong..”Tepat jam 12 tengah malam. Yahoo... krismas.”jerit aku dan Chansung.

Pada hari keesokkannya di gereja,

“Cik Chansung adakah awak menerima Hyun So Sunny sebagai isteri awak yang sah?”
“Ya saya terima”
“Cik Hyun So Sunny pula, adakah awak menerima Chansung sebagai suami awak yang sah dan mencintai Chansung sehingga akhir hayat?”
Aku terpaku disitu, dan aku berbisik pada Chansung “Betul ke awak cintakan saya seadanya?” “Ye saya cintakan awak”
“Baiklah, saya terima dengan seadanya”.




SINOPSIS

Seorang gadis malang yang bernama Hyun So Sunny. Sunny dan Jinyoung adalah sepasang kekasih. Jinyoung telah ditangkap kerana melakukan kesalahan iaitu mengedar dadah dan tertuduh membunuh Park Jea Young. Jinyoung selama ini telah menyembunyikan diri selama 7 tahun. Padahal bukan Jinyoung yang membunuh tapi Hyumea Hikaru. Walaupun Sunny telah memberikan keterangan pada tuan hakim tersebut namun tiada alasan kukuh terpaksalah tuan hakim menjatuhkan hukuman berat pada Jinyoung. Ketika Sunny di parkir kereta dia telah jatuh pengsan akibat tidak dapat menerima hakikat. Dia telah di selamatkan oleh seorang lelaki yang bernama Chansung. Dari situlah bermulanya Sunny berkenalan dengan Chansung.Sunny telah berpindah ke tempat lain untuk mencari ketenangan. Namun ketenangan yang Sunny harap itu tidak bertahan lama apabila Sunny hampir menjadi GRO di sebuah kelab malam. Sekali lagi Chansung telah menyelamatnya dari dia di jual. Sunny mengambil keputusan sekali lagi untuk berpindah keluar dari rumah kawannya; Narsha. Dan semenjak itulah Sunny tinggal sementara di rumah Chansung. Ibubapa Chansung amat memahami dengan keadaan Sunny. Dan mereka telah menganggap Sunny itu sebagai anaknya. Semakin hari semakin akrab hubungan Chansung  dan Sunny dan ibubapa Chansung amat merestui hubungan mereka. Cuma Sunny hanya menganggap Chansung sebagai abang dan kawannya. Cinta Chansung pada Sunny tidak pernah pudar dek kerana gangguan dari bekas teman wanitanya; Sunhwa iaitu kakak kepada Narsha. Namun segala yang dugaan telah pun berakhir dengan perkahwinan. Chansung dan Sunny bahagia menjadi sepasang suami isteri yang sah.


*untuk pengetahuan J

1-      Akhirnya tamat segala kecoh-kecoh dalam kisah nie. Haha! Penat wanie karang cerita nie.
2-     Sepertimana yang wanie selalu katakan. Maybe kisah nie wujud cuma wanie tak berpeluang lagi nak dengar.
3-     Kisah nie macam drama kan? Haha! J
4-     Wanie pun sekarang pwning, mana nak akhirkan kisah nie! Mana sesuai nak letak slot cam nie cam tu!
5-     Mulanya wanie pening gak apalah wanie nak gunakan watak si Narsha and Sunhwa nie?
6-     Kepada chingu2 wanie janganlah anggap wanie seorang yang perasan erk? Sebab mesti korang tertanya-tanya kenapa asik nama Hyun So Sunny saja yang keluarkan? Haha! Wanie dah kekurangan idea meh L
7-     Doakan wanie semoga menjadi Pengarah!
8-      Wanie nie sebenarnya tak suka pun nak mengarang kisah-kisah nie tapi bila tengok ramai fanz wat demikian so i try la!
9-      Bila da update story nie, harap jangan lah lupa nak bagi idea kat wanie. sekiranya idea anda bernas dan luarbiasa Insayallah wanie gunakan. J
10-  Wanie pun tengah cari idea untuk karang lagi.
11-   Mesti pelikkan? Kenapa wanie yang tak suka mengarang nie suka mengarang pula? Wanie tak pernah terfikir pun apa yag terlintas. Sekiranya idea tu terlintas di fikiran wanie terus catatkan.
12-  Cita-cita wanie bukan menjadi pengarang novel butt speaciallist IT! Haha!
13-  Sekirannya anda semua membaca semua kisah ini dan sekiranya ada persamaan dengan situasi anda diharap janganlah bersedih. Wanie hanya reka sahaja.
14- Semua kisah ini bukan berkenaan hidup wanie.
15-  Pasti pelikan kenapa cerpen Im Your Chesse & You better than him! Tak di siarkan, sebab kisah nie ada kene mengena dengan hidup wanie. So that story not public.
16-  Sekiranya banyak kesalahan tatabahsa ke? Minta maaf ye? Semua kisah yang wanie karang nie hanyalah sekadar suka-suka. Hope enjoy it ! J


SEBAB APA WANIE PILIH WATAK DARI ARTIS YANG TERKENAL? ADAKAH SIKAP MEREKA YANG WANIE MAKSUDKAN ITU SAMA?

1-      Kenapa pilih G-Dragon/Jinyoung dalam kisah nie? Hurmm.. sebab wanie fikir die sorang sajalah yang sesuai. Lakonan dalm klip lagu <Haru haru> dan< Im sorry but i love u> mmg berkesan menjdi seorang kekasih yang bertanggungjawab.
2-     Wanie bukan nak katakan yang G dragon sesuai jadi orang jahat bukan macam tu Cuma watak tu kalau die lakokan memang kena gaya.
3-     Mun Geun Young? Dah 2 kali dia terpilih dalm kisah wanie sebab dia mmg pandai melakokan pelbagai watak. And she my fav actor.! J
4-     Hwang Chansung? Hurm.. dia seorang yang kacak di mata wanie! Haha! Butt dia mmg sepadan dengan Mun Geun Young!
5-     Narsha dan Sunhwa? Hurm.. bagi fanz yang minat diorang berdua nie, wanie mintak maaf banyak2 lah sebab bagi karekter jahat kat diorang. Tapi kalau di ikutkan sunhwa mmg tak sesuai jadi jahat. Tapi apa salahnya mencubakan ?
6-     Hope u enjoy it to read all my short story! And please support! J

No comments:

Post a Comment