Wednesday, December 21, 2011

6-Short Story : Winter Of Love!!




Tajuk: Winter of Love!
Pelakon:
1-      Yoo In-na – Hyerim
2-      Baro (B1A4) – Baro
3-      Soohyun (UKISS) – Hyun


Ting.. bunyi loceng ketuhar menandakan muffin aku dah masak. Hajat aku nak beri Baro muffin sebab aku dan dia paling rapat dan aku dapat rasakan yang dia mempunyai perasaan yang sama macam aku. Sedap bau muffin coklat aku cantik saja membulat. Aku masukkan muffin itu di dalam kotak bungkusan. Aku tahu dia amat meminati muffin aku. Aku mencapai selendang dan kasut but. Sekarang musim sejuk cuma belum turun salji. Alangkah indahnya sekiranya dia setuju menerima aku sebagai kekasih sewaktu salji turun.

Di rumah Baro,

Ting..tong...ting.. “Eh, Hyerim ada apa datang sini? Nak belanja makan ke? Sejuknya kat luar nie!” “Emm..mmm, se..se..se” “Apahal pula kau nie jadi gagap pula. Sejuk ya?” “Eh..taklah sebenarnya aku nak bagi kau muffin nie. Aku nak cakap sikit boleh tak?” “wah.. sedapnya! Hurm.. cakaplah” “Baro aku dah kawan dengan kau dekat 5 tahun, mak ayah aku pun dah kenal keluarga kau dan kau banyak meolong aku semasa mak ayah aku meninggalkan aku. Dan kau juga banyak beri sokongan dan kewangan pada kelauarga aku. Dan  sebenarnya aku nak jadi kekasih kau” . Terbeliak mata dia memandang aku. Nafas aku tercungap-cungap. “Hurm.. aku bukan nak malukan kau. Yang sebenarnya aku baru semalam putus hubungan dengan Hyoseon. Aku tekad tak nak bercinta lagi sebab aku terlalu mengharap. Nampak kesan tumbukan nie. Dia upah orang untuk membelasah aku. Nie kerana cinta punya pasallah. Kalau aku bercinta dengan kau, kalau aku tak mampu nak buat kau bahagia nanti abang kau pula belasah aku. Maafkan aku Hyerim” jelas dengan nada sedih. Aku tak dapat menahan sebak lalu aku pergi dari situ. Aku menganggap Baro adalah cinta pandang pertama aku.

Tiba di laluan zebra aku terlanggar seseorang. Dan barangnya habis bertaburan. “Maafkan saya encik. Biar saya kutip.” Kata aku sambil mengutip barangnya yang terjatuh. Dia memerhatikan aku dan dia mengelapkan air mata aku membuatkan aku terkaku sebentar. “Adik jangan nangis tak comellah”kata seorang remaja lelaki yang aku langgar tadi. Selepas aku mengutip aku meminta maaf kepadanya. Dia tanpa mengatakan apa-apa hanya mengukirkan senyuman. “Adik jom teman abang nak? Kita minum di kedai itu” lawanya sambil menunjukkan arah kedai itu. “Hurm.. bolehlah”jawab aku.

“Kimbap 1 dan ladu 2” pesan lelaki itu. “Adik tak nak apa-apa ke? Abang belanja.” “Tak payahlah. Terima kasih sajalah.” “Nie sapa adiknya ke? Wah comelnya!” tanya pelayan itu. “Hurm.. mmg adik saya. Comelkan?”kata lelaki itu lagi. “Awak nie siapa?” “Ouh,maafkan saya. Saya Hyun.” “Hurm.. kwa chan nayo oppa”. Semasa Hyun makan mahu saja aku larikan diri tapi di sebabkan aku dah jatuhkan barangnya terpaksalah aku teman. Tapi aku percaya dia macam dari orang yang baik. Amat lapar rasanya melihat gelagatnya sedang makan tapi aku malu nak pesan. Lagipun tak sampai satu jam aku kenal dia.
Segala rasa sedih tentang penolakan cinta Baro telah lenyap. Hati aku rasa tenang apabila menatap wajah seorang jejaka yang baru sebentar ku kenali. Tenangnya bak seperti air laut yang membiru dan angin sepoi-sepoi bahasa. Dan timbul perasaan ingin tahu padanya. Adakah selepas ini kita berjumpa lagi? Atau ini pertemuan yang pertama dan terakhir? Atau sekiranya dia kawan aku dia akan menganggap aku sebagai kawan sepermainan? Argghhh.. banyaknya pertanyaan. Nie bukan kaunter pertanyaanlah. “Adik nak abang hantarkan adik balik ke?”.”Hurm.. tak apalah abang. Hujan sudah reda lagipun abang pasti ada urusan lepas ini.” “Baiklah kalau itu keputusan adik. Saya tolong panggilkan teksi.” “Ah.. kamsahamnida”. Selepas Hyun menahan sebuah teksi, dia mengucap selamat tinggal. Dan dia tolong bayarkan duit tambang. Walaupun aku menolak namun dia tetap nak membayarnya. Baiknya hati dia, tapi sebaik dia meninggalkan aku terpaut perasaan sedih dalam jiwa aku.

Keesokkan hari,

Hari nie cuti lagi apa yang aku nak buat ya? Baca buku novel? Membeli belah? Layan internet? Ha.. aku ada satu idea jiwa sekarang tengah dilanda taufan apa kata aku pergi karaoke? Hurm..mm.. idea yang bernas sekali. Dekat 15 minit aku menunggu bas dan cuaca pula semakin sejuk. Cepatlah wahai bas. Dari jauh ku nampak sebuah bas tapi semakin dekat rupanya yang ku sangka bukan bas tapi kereta mewah Bugatti. Dia berhenti di depan ku, siapakah gerangan itu? “Adik nak pergi mana? Abang boleh temankan? Cepatlah masuk sejuk nie.”kata Hyun. Aku yang terpinga-pinga melihat dia berpakaian seperti seorang berjawatan besar. “Hurm.. Abang tak kerja ke? Lagipun mesti abang sibuk. Adik nak ke mall sekejap”kata aku. “Adik demam ya? Hahaa.. hari nie kan hari minggu mana ada kerja. Pejabat tutup dik.”balas Hyun.”Ouh.. yeke? Maafkan saya ya?” kata aku lagi. Lalu aku pun masuk ke dalam keretanya. Amat hati-hati aku membuka pintu kereta takut ada yang calar. Mahal keretanya tak terkira. Memang kaya mamat nie. “Nama adik siapa ye? Asik kita bertemu lupa pula nak menanyakan nama siapa? Haha!” “Nama saya Hyerim” “Hyerim.. urmm.. Hyun Hyerim jadi Hyuriem. Sedap gak!” ngomel sendirian si Hyun.

“Adik nak ke mall? Nak membeli belah ke? Ke cuci mata saja?”tanya Hyun. Alamak apa jawapan yang patut ku katakan? Takkanlah nak cakap pergi karaoke? “Nak beli baju sikit. Minggu depan ada majlis di rumah kawan.” “Ouh.. “. Aku terasa malu pula pada dia tapi dia tetap senyum pada aku. Aku tahu aku tipu dia tapi apakan daya. Aku tiada mak ayah hanyalah mak cik yang tempat ku mengadu. “Selepas kita ke mall kita ke rumah abang sekejap ya?” “Ha..nea”

Di mall,

“Adik gaun sesuailah. Adik pergi cuba.”arah Hyun. Tanpa berlengah lagi aku terus ke bilik persalinan. Aku tunjuk padanya dia menggeleng kepala. Dekat 2 jam aku di kedai itu semua gaun dah pun ku cuba tapi bagi pandangannya amat lain. “Alaa..mamat nie! Aku nie dah la penat nak pergi majlis ringkas saja pun bukan ada majlis besaran pun”ngomel aku sendirian dalam bilik salinan entah gaun yang keberapa aku cuba. “Cik Hyun nie gaun yang baru saja dipasarkan dan gaun nie edisi terhad”kata seorang pekerja di situ. “Adik cuba gaun nie pula. Yang tu kurang menariklah” “Hurrmm.. yela!”. Selepas mencuba gaun satin itu dia amat terkejut malah mulutnya ternganga dengan begitu luas. “Nie yang abang suka nie. Ok,ambik yang ini. Lepas nie kita ke kedai kasut pula”
Selepas membayar gaun itu aku berkali-kali mengucapkan terima kasih kepadanya. “Oppa terima kasih banyak-banyaklah. Adik tak nak beli gaun mahal sebenarnya sekadar blaus dan skirt pendek pun jadi. Gaun nie mencecah ribuan won.” “Nak pakai blaus dan skirt ke majis orang? Tak takut kene halau ke? Adikkan perempuan tak manis kalau pakai macam tu ke majlis orang.” “Lagipun abang bukan sebahagian diri adik. Adik baru kenal abang kurang seminggu. Tapi..” “Tak de tapi-tapi.. Jangan cakap abang tak ada makna pada adik. Tolong jangan cakap macam tu” “Ok”
Selepas membeli kasut aku di bawa ke spa rambut dan rias kuku. Aku terasa segan sangat sebab aku dari keluarga yang serba kekurangan.


Di rumah Hyun,

“Minumlah air nie. Adik mesti penatkan” “Hurm...terima kasih oppa”. Terpegun aku melihat rumahnya. Begitu besar sekali rumahnya ada 3 tingkat. Ruang tamunya boleh buat padang bola penuh perabot. “Mak ayah abang mana?” “Ada kejap lagi mereka baliklah”.”Hyun kau cakap dengan siapa tu”tegur seorang wanita agak pertengahan umur lagaknya seperti jutawan. “Ini kawan Hyun. Hyerim kenalkan nie eomma abang” kata Hyun. Aku terus bangun lalu menunduk hormat pada ibunya. “Hyerim saya ada satu soalan” tanya ibu Hyun. “Ya tanyalah” jawabku dengan penuh rasa hormat. “Kau dari mana? Ayah kau kerja apa? Kau nie dari keluarga mana? Kaya? Miskin?”tanya ibunya lagi. Amat pedas sekali pertanyaanya menusuk jiwa aku. “Eomma apa nie? Kenapa tanya Hyerim macam tu?” “Eomma hanya nak tahu saja. Tak kan lah itu pun tak boleh? Ha,Hyerim cepat jawab”. Menitis air mataku semakin deras ia mengalir mencurah pipiku. “Saya tiada siapa-siapa hanya mak cik yang saya tinggal dialah tempat beradu kasih saya. Saya dari keluarga yang miskin. Maafkan saya kerana mengenali anak Puan;Hyun. Minta diri dulu” kata ku dengan tergagap-gagap lalu ku berlari keluar dari rumahnya. Pantas Hyun menarik tangan aku lalu aku minta dia lepaskan. Aku berlari dengan sekuat yang boleh jauh dari rumah Hyun lagi. Kenapalah malang nasib aku bila di temukan dengan seorang lelaki.


3 bulan yang lalu,

Semenjak kejadian itu, aku tidak lagi berjumpa dengan Hyun. Telefon selalu aku matikan agar dia tidak lagi menghubungi aku lagi. Tiba-tiba aku mendapati ada orang memanggil aku aku cam suara tapi tak mungkin Hyun. Aku buka pintu ada sebuah kotak berwarna hitam besar. Lalu aku membukanya di bilik dan aku dapati gaun yang Hyun belikan pada aku. Pada malam itu aku tinggalkan rumah Hyun gaunnya ada di dalam kereta. Sepasang kasut juga ada didalam kotak itu, lalu tanpa di sedari aku menangis dengan teresak-esak. Kenapalah ada saja yang menghalang aku berkawan dengan seseorang.





“Hyerim.. nie ada kawan datang nie” panggil ahjuma aku. “Ya sekejap”. “Eh Baro ada apa kau datang sini?” “Nah datang tau esok ada makan-makan kat umah aku. Kebetulan kau suka pasta mak aku ada masakkan masa majlis esok. Aku harap kau datanglah.” Kata Baro sambil menghulurkan kad jemputan majlis hari jadi adiknya. “Terima kasih ya Baro”


Keesokkan harinya,

“Silakan masuk” jemput pelayan. Aku mengambil tempat agak hujung sekali. Tiada yang kenal di situ. Aku terasa amat segan pula. “Disini saya nak umumkan ada 2 orang akan menyambut hari jadi di sini. Kita jemput adik Hyerim dan pasangan misterinya.” “Ha? Apasal pula nama aku di sebut? Tetamu yang ada di situ semuanya memandang ke arah aku. Lalu dengan rasa kedunya aku bangun juga dan ke tempat pemotongan kek. Sebelum aku potong kek mata aku di tutup dengan kain. Dan di tempat itu juga rasa sunyi. Tiba ada orang membisik di telinga aku “Happy Birthday Hyerim. Hyerim sajalah mahkota hidup abang tiada siapa selain adik. Walaupun makanan kegemaran sama tarikh lahir abang sama dengan adik, abang terasa bahagia sangat. Bahagianya tidak dapat digambarkan tapi hanya adik sajalah yang tahu. Maafkan abang kerana buat adik menderita kerana abang. Pada harini janganlah anggap abang lagi pada adik anggap sajalah ini kekasih adik yang adik inginkan. I LOVE YOU HYERIM!” terpaku aku di situ. “Adik maafkan abang. Tapi sebenarnya adik pun sayangkan abang juga.”jwab aku dengan jujur.”Tapi bagaimanapula dengan eomma Hyun? Bukan dia tak suka dengan gadis miskin ke?” “Heehehe.. saya ada idea kita kawin lari”. Selepas dia membuka kainku, dia menyarungkan cincin dan pada masa yang sama turunlah salji. Dan aku cepat-cepat menarik tangan Hyun pergi ke luar dan bermain salji. Dan aku menjerit “Akhirnya aku mendapat kekasih sejati tepat salji turun.”. “Nie Baro adik sedara Hyun. Dialah yang ceritakan pasal awak pada saya” “Ishh.. Baro nie kan saja jer” kata aku lalu ku membaling ketulan ais salji padanya. Indahnyalah nikmat dunia!! Terima kasih salji kau sanggup tunggu aku!




JTHE ENDJ





SINOPSIS

Seorang gadis remaja berumur 19 tahun yang bernama Hyerim. Hyerim adalah anak yatim piatu dan menumpang kasih di rumah mak ciknya. Baro dan Hyerim adalah kawan baik dari kecil sampailah ke dewasa. Hyerim ada menyimpan perasaan cinta pada Baro namun dia ditolak kerana Baro telah di pukul oleh bekas teman wanitanya iaitu Hyoseon. Hari demi hari hati Hyerim semakin kosong namun ia telah di isi semula apabila bertemu dengan Hyun abang sedara Baro. Selama ini Baro telah menceritakan tentang Hyerim pada Hyun. Sebab itu Baro dengan sengajanya menolak cinta Hyerim. Semakin hari semakin rapat hubungan Hyerim dengan Hyun. Hyun sengaja menganggap Hyerim sebagai adiknya kerana Hyun juga pernah kehilangan adik kandung semasa kemalangan ngeri tahun lalu. Hubungan Hyerim dan Hyun terputus di tengah jalan apabila cintanya di halang oleh ibu Hyun akibat kemiskinan Hyerim. Namun Hyerim menyembunyikan diri tanpa khabar berita selama 3 bulan. Tetapi apa yang menemukan kan adalah hasil pertolongan Baro dan gaunnya. Mereka akhirnya menjadi sebagai sepasang kekasih. Dan pada masa yang sama juga impian Hyerim untuk bertemu kekasih pada salji turun juga termakbul juga.


*untuk pengetahuan J


1-    Akhirnya kisah nie berakhir juga. J * jgn lpe nantikan kisah yg seterusnya ye?*
2-   Memakan masa lebih kurang 3 hari nak siapkan. Sepertimana yang wanie selalu cakapkan buntu nak akhirkan cerita nie.
3-   Mmg sagt nak bercinta waktu salji turun. Waktu tu mmg romantik.
4-   Sebab apa x buat waktu musim bunga ke? Musim panas ke? Skrgkan dah nak krimas so korea kan skrg tgah musim sejuk. Besttnya! J
5-   Nanti wanie pikirkan nak wat kisah cinta pada musim bunga pula ya? Jangan lupa bagi idea? Nanti wanie timbangkan ok?
6-   Asik guna nama Hyerim jer kan? Ouhhh.. kalau boleh bagilah idea! Wanie da lose idea nie!
7-   Mesti tertanya-tanyakan kenapa banyak sangat buat kisah-kisah cam nie? Sebab wanie tgah mengharapkan cinta yang tulus lagi mulus.
8-   Hyerim & Hyun? Sesuai tak?? Nama yg paling romantik sekali = HYURIEM!! J
9-   Cerita nie sesuai dengan lagu MY FIRST SIGHT KISS – YANG YOSEOB (B2ST) FT  DALMATIAN. Lagu nie pun sempena krismas juga! Haha J
10- Winter Love debbeakk!!


SEBAB APA WANIE PILIH WATAK DARI ARTIS YANG TERKENAL? ADAKAH SIKAP MEREKA YANG WANIE MAKSUDKAN ITU SAMA?

1-    Tak kot? Ye kot? Haha! J L
2-   Wanie suka tgok Seohyun (UKISS) sebab masa die nyanyi lagu <Neverland> best lah pulok! wajah dia nampak matang.. wanie suka lelaki macam nie!
3-   Minat UKISS tu taklah sangat! Tapi semua song diorg mmg awaesome! Huhu!
4-   Yoo In-na ? hurm.. wanie suka minah nie! Mukanya comel betullah butt tak tahu la ori ke tut ori? Haha! Jgn mrah ya Fanz In-na! Wanie joke jer!
5-   Baro? Wanie suka mamat nie, tyme dia rapper mmg shock! Voicenya mcm TOP! Garau!
6-   Wajah halyu Seohyun mmg boleh cairkan winter!   JJ


No comments:

Post a Comment