Tajuk :This Love Just For You!
Nama barisan pelakon :
1- Lee Gikwang (BEAST ) sbg Kwangie
2- Yang Yoseob (BEAST) sbg Seobie
3- Jang Hyun Seung (BEAST) sbg Seungie
4- Lee Jun Ho (2PM) sbg Jun Ho
5- Lee Hyuk Jea (SUJU) sbg Eunhyuk
6- Park Kahi (After School) sbg Hyun So Sunny
7- Yu In-na sbg In-na
8- Noh Sa Yeon sbg eomma
9- Lee Moo Song sbg appa
Cuaca yang agak terik, membuatkan orang yang berada di sekeliling ku mahu bergesa-gesa untuk sampai ke destinasi masing-masing. Begitu dengan aku, sejurus aku keluar dari perkarangan sekolah,aku dengan segeranya menaiki bas awam untuk sampai ke rumah dengan lebih cepat berbanding berjalan kaki. Bukan jauh dari sekolah ke rumah aku tetapi di sebabkan pengaruh cuaca sekarang ini membuatkan aku malas untuk berjalan kaki.
Di rumah,
Appa masih belum pulang, jam menunjukkan tepat pukul 5 petang.Eomma pula pergi kerumah kawan kerana menghantar tempahan kain yang telah pun siap dijahit oleh eomma beberapa hari yang lalu.Eomma bekerja sebagai Pereka Fesyen di Butik Rosesvender manakala appa pula bekerja sebagai Arkitek di Syarikat yang terkemuka.Minat aku adalah menari.Tanpa menari seolah-olah dunia ku gelap gelita tapi untuk mencapai cita-cita ku untuk menjadi Penari Profesional telah di bantah sekeras-kerasnya oleh eomma dan appa.Mereka mahu aku menjadi Pakar Fesyen yang terkenal seperti eomma.Tapi aku langsung tidak minat hanya menari sahaja yang boleh buat aku bahagia.
Memandangkan eomma dan appa tiada dirumah inilah peluang keemasan aku untuk melihat persembahan jalanan di Bandaraya Seoul dengan menaiki bas, cepatlah aku sampai kesana.
Di Bandaraya Seoul,
‘Agak ramai juga hari ini berkumpul di port mereka , ada dance battle ke?’ kata ku dalam hati.Kelihatan orang ramai berpusu-pusu untuk melihat persembahan mereka ,aku dengan cepatnya menyelit di celah-celah orang ramai untuk menyaksikan persembahan mereka.
Kali ini kumpulan Apple Monster battle dengan Zero Point.Aku memang menyokong Apple Monster kerana mereka berbakat tapi malangnya mereka kerap di tangkap oleh polis kerana mereka di tuduh melakukan jenayah.Oleh kerana mereka kerap ditangkap oleh polis mereka selalu berpindah randah.
Khusyuknya aku melihat mereka menari teringatkan cerita Street Dance yang paling suka sehinggakan aku menontonnya dalam 2 3 kali dalam sehari.Tiba-tiba aku disapa oleh seorang lelaki ‘Annyeonghaseyo, awak persembahan dah tamat.Adik manis ini tak nak pulang ke rumah ke? Bahaya pulang seorang diri malam-malam begini.’ Tersedar aku dari lamunan ku lalu ku membalas ‘Annyeonghaseyo,mianeayo oppa!ouh, ya lupa pula.Dah malam pula,saya balik dulu ya?’ Kedengaran suara lelaki yang memakai jaket merah itu pula berkata ‘Eh!nanti kejap, Jun Ho kau pergi hantar minah tu balik rumah.Dah malam ini,bahaya pula nanti kena culik’. Lalu lelaki yang menegur ku menjawab ‘ok’.Aku pun mengikut lelaki itu tadi ke parkir kereta dan aku terus masuk kedalam kereta.Di dalam kereta pula aku tidak banyak cakap hanya banyak mendiamkan diri.Lalu lelaki itu bersuara ‘Adik ini nama siapa?’ .Lantas aku menjawab ‘Hyun So Sunny ,panggil Sunny je’.
Dengan tidak sengaja aku pun tertentang mata dengan lelaki itu ,jantung aku berdegup kencang.Lelaki itu menyambung perbualan itu semula ‘Nama aku Lee Jun Ho panggil Jun Ho pun boleh’.Sambil dia menghulurkan tangan, aku pun membalas.Sampai di rumah, eomma ku dengan marah menghampiri ku ‘Pergi mana ,lewat malam baru balik? Lain kali, kalau nak kemana-mana bagitahu eomma.Risau eomma ,tahu??’.’Mianeayo eomma, tadi Sunny ke rumah kawan’ ku membohogi eomma.Lalu ku terus masuk ke bilik tanpa banyak cakap.Kedengaran bunyi enjen kereta Alfa Romeo sedang memasuki laman rumah,bunyi enjen itu memang ku amat kenal siapa lagi kalau bukan appa.Malam itu, selepas makan malam aku terus masuk ke bilik lalu ku baring di atas katil sambil memeluk bantal Mickey.Terpandang poster-poster Grup B-Boy ,memang aku meminati mereka antaranya ialah Diversity dan Flawless dan dari situ aku teringat kan Lee Jun Ho,lelaki yang menghantar aku balik tadi,wajahnya memang comel menawan hati aku.Namun aku dengan pantas ‘Haish, kenapa pula aku teringatkan dia?’.ouh ya ,aku teringatkan In-na,my BFF.Aku dengan segeranya mengambil handfone untuk menghubunginya,
Tut..tut..tut..tut..’Meoseayo, i In-na yeagileulhago iss eulka??’. ‘nea,waeyo?’
‘esok kau teman aku nak tak petang dalam pukul 4 petang di kedai dubbuki?,aku nak ajak kau ke satu tempat,menarik!’.’ok,aku tunggu’ tet..
Esok di kedai dubbuki,
‘Annyeong,jom kita pergi sekarang’ kata aku kepada In-na.In-na yang terpinga-pinga memikirkan sesuatu tempat yang ditujui.Tiba disana sekumpulan polis telah kelihatan di tepi jalan.Aku tanpa berlengah lagi ,dengan cepat sekali aku melintas di seberang jalan tanpa menghiraukan bunyi hon kereta.Aku ternampak barang-barang muzik mereka di sita manakala tuannya di tahan oleh pihak polis.Aku dengan marahnya menjerit lah ‘Woi, yang kau nak tahan orang yang tak bersalah tu kenapa??’dengan lantangnya suara aku mereka yang berada disitu terpandang aku dengan penuh hairan.Lalu polis pun membalas ‘Kenapa kau kata? Sebab mereka nie sampah masyarakat,menyusahkan orang sekeliling’.Aku yang masih tak puas hati pun membidas sekali lagi ‘Apa ?? Sampah masyarakat?? Kau tu buta ke mereka tu ade menyusahkan orang di sini ker,??Orang yang minta sedekah tepi jalan,merempit malam-malam buta tu tak da pula kau nak tangkap.Kenapa kesalahan mereka tu besar sangat ker??’
Terlopong mereka mendengar kata-kata aku, orang-orang yang berada di situ pun menyokong kata-kata aku.Lalu polis tu membalas ‘Baiklah, kami bebas kan mereka’.
In-na apa lagi berbisik kepada ku ‘Begitu berani dan ganas sekali kau ye? Tak sangka aku’
Lalu kumpulan itu mendekati ku dan mengucapkan terima kasih sambil berjabat tangan dengan ku dan In-na.’Wah, tak sangka sekali awak begitu berani dengan polis,sedangkan kami yang lelaki nie pun agak pengecut’Kata seorang dari ahli mereka lalu mereka kenalkan diri masing-masing.’Hai,saya Jang Hyun Seung yang suke menari tak kira siang atau malam,panggil Seungie saja’Katanya sambil tunduk hormat kepada ku.’Annyeong,saya Lee Hyuk Jea ketua Apple Monster panggil Eun Hyuk saja’.’Nama saya Yang Yoseob yang cute sukekan perempuan yang comel panggil nama manja saya Seobie’.’Nama saya Lee Gikwang panggil saya Kwangie saja,selamat berkenalan’.’Dan saya maknea dalam kumpulan ini nama saya Lee Jun Ho panggil Jun Ho saja, kita pernah bertemu disini, bukan??’.Llu ku membalas ‘Ye kita pernah bertemu dan terima kasih kerana kenalkan diri, nama saya Hyun So Sunny panggil saya Sunny dan ini kawan baik saya In-na’.
‘Jom kita lepak di kedai makan hujung jalan’kata Eun Hyuk.
Di Kedai Yeolbong Chicken,Seoul
‘Boleh ceritakan serba sedikit tak tentang Apple Monster?’.Eun Hyuk pun memberi respons ‘Grup nie sudah mencecah 3 tahun di tubuhkan.Asal ahli ini adalah seramai 10 orang ahli dan sekarang tinggal kami berlima’.’Ouh, begitu, dari punca apa grup ini berpecah?’
‘Kerana diantara 5 orang ahli yang berpecah ada yang melanjutkan pelajaran di luar Negara seperti ada yang belajar di Australia,New York dan Tokyo.Mereka juga tidak ada masa nak berlatih disini kerana mereka sering sibuk dengan tugasan mereka.Dan ada yang pindah ke luar negara kerana mengikuti keluarga mereka’Katanya dengan nada sedih.Aku pun bukan berniat nak sibuk kan hal orang lain,tapi ingin tahu dan kepastian.
Selepas beramah mesra dengan mereka,aku dan In-na pun minta izin untuk pulang.
Dalam perjalanan pulang,
Aku terlihat kain rentang yang tergantung di tepi jalan, iklan!! Yup,mmg iklan,
2011
Tempat : Seoul,Korea Selatan
JAM : 2:00 pm
Hari : Jumaat
Tarikh : 25 Okt 2011
Waktu pendaftaran : 12:00 pm
Syarat*2 penyertaan >>>
1- 1- Penyertaan secara solo atau berkumpulan
2- 2- Tiada had umur
3- 3- Warganegara Korea sahaja
4- 4- Pakaian yang tidak menjolok mata atau tidak sepatutnya
5- 5-Sila bawa lagu sendiri
6- 6-Sekiranya tidak hadir pada hari tersebut,penyertaan anda ditolak serta merta
3 petang di port Apple Monster (AM),
‘Annyeonghaseyo,dah tamat latihan ke?’kata ku.’Hari ini tiada latihan,kami cuma lepak disini sambil mendengar lagu,ada apa?’kata Seobie kepada ku.’0uh begitu,kalau saya join sekali tak da masalahkan?’tanya ku kepada Seobie.’Boleh ape salahnya,mari lah duduk sini’lawanya kepada ku.Aku pun duduk lah di sebelahnya dan aku pun mulakan perbualan ku ‘Erm,tujuan saya datang ke sini nak memberitahu satu berita baik’.’Berita baik?apa kau menang loteri ke?’kata Kwangie.’Eh,tak de lah,bukan loteri,tapi soal pertandingan’.’Pertandingan??’celah si Seungie.’Yup,pertandingan tarian B-BOY di Seoul pada 25 okt nie’kata ku dengan penuh semangat.Eunhyuk pun berkata ‘Hurm,tak pe lah,lagipun kami kekurangan ahli’.’Masalah kekurangan ahli tidak perlu risau yang penting kita mencuba’kataku lagi.’Apa-apa pun kami fikirkan dulu lah’balas Eunhyuk.
Di rumah Sunny,
‘Pang,Pang,Pang’berdesing telingaku,air mataku deras mencurah pipi namun Appa tetap melempang ku.Tangan yang kasar itu melekat di pipi ku,aku tidak berdaya untuk melawan.Segala tangisan dan jeritan ku terpancul di bibirku.Eomma ku pula memujuk Appa menyuruh berhenti dari melempang aku.Aku yang penat menangis dan menjerit tidak berdaya untuk berdiri sambil di tengking oleh Appa ‘Kau kemana asik-asik keluar rumah dan balik malam? Kawan Appa kata kau ke tempat budak-budak yang suka melepak,betul ke? Kau tahu tak kau tu perempuan,sejak bila pula kau suka melepak nie? Kau memang suka memalukan Appa,habis satu syarikat Appa tahu yang kau nie anak perempuan yang tak beradab’ tengking Appa.Lalu ku ke meluru ke bilik dan ku terus menangis teresak-esak.Niat ku untuk keluar ke rumah In-na juga terbantut.Akhirnya aku menangis sambil tertidur.
Di pagi Sabtu,
‘Sunny,bangun sayang dah pagi!’Lalu ku terjaga melihat wajah Eomma ku yang cantik ku teringatkan peristiwa yang berlaku semalam.’Termenung pula anak eomma nie,pergi mandi nanti boleh sarapan dengan eomma’tepuk eomma kepada ku.’Eomma...’ ‘ya sayang’.’Eomma masih marah lagi ke kat Sunny??Mianeayo eomma’kata ku.’Tak, Sunny peristiwa semalam usah di kenang apa yang penting,Sunny kene ingat dan itu semua pengajaran buat Sunny.Sunny kena lah faham Appa kan CEO di syarikat tu,jadi Appa kena la jaga imej nama baik keluarga ini,faham?’kata eomma dengan tulus.’Tapi Sunny bukan melepak,tu kawan Sunny.Mereka semua baik-baik’Kata ku lagi.’Sudah lah,bukan Eomma tak percayakan Sunny,Sunny pergilah mandi’.Selepas sarapan pagi,aku meminta izin untuk ke sana lagi tapi mula-mula eomma tak membenarkan,setelah puas ku pujuk akhirnya eomma mengalah dan memberi pelepasan.
Di tempat biasa,
Sampai disana aku lihat tiada seorang pun disitu,lalu ku pun duduk di tepi longkang.Dekat setengah jam mereka tidak datang.Perasaan yang sakit tu masih terbuku di benak ku.Ku keluarkan I Pod dan ku memasang sebuah lagu,namun perasaan ku untuk menari semakin membuak-buak.Tanpa di sedari dengan sendirinya ku menari segala gerak tari ku telah ku belajar semasa ku tinggal di Amerika.Gerak tari yang aku amat gemari ialah Shuffle,Jump Style,Popping,Krumping,Locker,House, Techno dan macam-macam gerak tari yang ku belajar.Tanpa ku sedari mereka pun tiba,tapi aku dengan sendirinya tidak perasan sampai la mereka pun turut serta.Secara automatiknya aku pun berhenti segala perasaan malu,takut dan gembira pun bercampur baur.Muka ku merah padam menahan malu dan mahu saja ku meloloskan diri ku.Tapi tidak bagi mereka,mereka dengan separuh terkejut dan gembira.’Wah nampaknya kita ada ahli baru,sungguh ku tak percaya yang die nie berbakat’Kata Seobie dan Jun Ho dengan gembiranya.’Emm..mmm..mm,maafkan saya!’kata ku dengan teragak-agak.Eunhyuk pun berkata ‘Buat apa nak minta maaf?? Awak memang berbakat,saya suka dengan gerak tari awak.Tidak disangka seorang perempuan menari sebegitu.Saya ingatkan perempuan di sini 100% suka menari balet je rupa-rupanya ..’Kata Eunhyuk dengan penuh gembira dan terharu,oleh kerana tidak dapat mengawal perasaannya.Dengan sekelip mata dia memeluk ku.Aku berasa janggal dan malu.’Eh,Maafkan saya!’katanya dengan tersipu-sipu malu.
Penat menari masih belum hilang.Ku menghenyakkan punggung di atas katil.Ku memandang siling bilik ku dan tiba-tiba telefon ku berdering.. Krinnggg..Kringggg...’ Yoebseyo?’ ‘Nie Sunny ya?’ ‘ya,siapa yang bercakap nie?’ ‘ouh,saya la Jun ho’ ‘ya ade ape jun ho?’ ‘petang awk free x? Kita kluar jom’ ‘ouh, ok’.Sejak hari itu, Sunny dan Jun Ho amat rapat dan sering keluar bersama,rasa bahagia di mata orang.Tapi tidak bagi Eun Hyuk , dia rasa kurang senang pada mereka kerana Eun Hyuk menyimpan perasaan cinta pada Sunny.
Lebih kurang lagi seminggu,perlawanan bakal berlangsung segala persiapan telah pun dibuat seperti kostum dan lain-lain lagi.Hati Eun Hyuk resah,resah bukan kerana memikirkan perlawanan itu tapi Sunny kerana dia ada 3 minggu lagi untuk terus hidup. Dan sebab dia menyertai kumpulan ini kerana untuk melawan penyakit kansernya.Tempoh 3 minggu itulah yang akan digunakan untuk meluahkan rasa cinta dan sayang pada Sunny tapi melihatkan kemesraan Junho dan Sunny membuatkan sakit Eun hyuk semakin parah.Setiap kali sakitnya di serang pasti dia melawan dan terus melawan.Tiada siapa pun tahu yang sebenarnya dia sakit.Eun hyuk mencapai sehelai kertas dan sebatang pen untuk menulis surat buat kali terakhir pada Sunny.
Segala kenangan Sunny berada di situ membuatkan dia tersenyum seorang-seorang apabila teringatkan gelagat Sunny yang bersifat sedikit keanak-anakan.Jendela biliknya terkuak luas,pandangannya nun jauh disana.Pemandangan yang indah itu membuatkan hatinya terusik dengan gelak tawa Sunny.
Pada hari perlawanan,
‘Apa khabar rakyat Korea?? Sudah bersedia untuk menyaksikan perlawanan ini??’ kata MC yang berbadan tegap itu.’Baiklah kita mulakan dengan Breaking Point’jerit MC tersebut.Selesai persembahan itu,tibalah giliran Apple Monster meneruskan perjuangannya.’Terima kasih ,kumpulan seterusnya Apple Monster...’.Langkah pertama pun bermula,segala gerak tari telah ku praktikkan.
‘Sekarang tibalah masanya untuk mengumumkan siapa pemenang BBOY DANCE BATTLE 2011 ini.. Dimenangi oleh kumpulan Apple Monster..’.Menjerit aku dibelakang pentas dan terus naik pentas mengambil trofi bersama yang lain.
Sejak hari perlawanan itu berakhir dengan kemenangan,eomma dan appa tidak lagi marah kepda ku lagi dan memahami cita-citaku.Hari ini merupakan hari yang terakhir aku berada di Korea kerana eomma ku mendapat kerja di Kanada sebab segala rekaan eomma telah tertarik oleh Kimora Lee Simons yang mempunyai empayar besar iaitu Baby Phat dan Kimora mahu eomma jadi Manager Fashion Designer nya.Segala barang-barangku telah ku masukkan ke kotak.
Tiba-tiba ku mendapat panggilan dari Eun Hyuk ‘Hai Sunny,sibuk ke?Saya ada hal penting nak ckapkan.Boleh awak datang kerumah saya?’.’ok kejap lagi saya datang’
Dirumah Eun Hyuk,
Ku masuk biliknya penuh debaran,entah kenapa tiba-tiba jantungku berdegup dengan begitu kencang sekali.Langkah ku tutur dan ku dapati semua ahli AM berada disitu.Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak lalu ku mendekati.Mereka membuka ruang dan ku lihat Eun Hyuk terlantar di atas katil ,mukanya pucat dan tidak bermaya.Ku melutut di sebelah dia.Dia tidak berdaya untuk melafazkan kata-katanya tapi dia hanya tersenyum.Ku amat bingung sekali,laluku berkata ‘Eun Hyuk oppa kenapa?? Sakit ke?? Dah pergi jumpa doktor ker?’ Dia hanya menggelengkan kepala,ku memandang kepada ahli yang lain.Muka mereka semuanya sedih dan tidak mampu berkata apa-apa seperti mulut mereka di gum.Tangan Eun Hyuk memegang erat tangan Sunny,ku rasa tidak sedap hati lalu ku menangis dan berkata ‘Eun Hyuk oppa, kenapa x pergi jumpa doktor ? Oppa sakit apa?? Bagitahu Sunny cepat,Sunny panggil doktor ye?’kata ku dengan lembut sambil menangis dengan teresak.Lalu Eun Hyuk mengeluarkan satu sampul dari poket bajunya dan memberikan kepada ku sambil mengeluarkan air mata dan tersenyum.Akhirnya dia tiada jua,aku menangis teresak-esak.
Kepada Adik yang ku sayangi,
Abg tahu selepas pemergian abg pasti sukar adik terima kan? Maafkan abg selama ini abg merahsiakan yang abg sakit.Abg tidak mahu adik jatuh sakit dan risaukan abg disebabkan abg.Abg tahu adik seorang yang kuat dan tabah.Abg doakan semoga adik sihat dan gembira selalu.Terima kasih juga kerana adiklah yang selalu mengambil berat pada abg.Pada hari perlawanan yang lalu,sebenarya abg nak jumpa adik kerana abg terlalu cintakan adik tetapi melihatkan kemesraan adik dan Jun ho terpaksa abg batalkan niat abg.Abg harap selepas perlawanan itu,abg dapat luahkan tapi penyakit abg semakin parah sehinggakan terpaksa memakai kerusi roda.Abg tahu menari ini risikonya besar tapi demi nak melawan penyakit nie,abg teruskan juga.Abg cintakan adik sejak kita bertemu adik adalah gadis yang pertama abg cintakan.Cuma abg tak mampu nak luahkan.Nie lah dinamakan “cinta yang tidak disedari” dan abg pesan pada Jun ho supaya menjaga adik bila abg tiada kerana adiklah harta yang bernilai bagi abg.Abg Sayang Adik.Selepas pengebumian Eun Hyuk,aku teringatkan surat yang Eun Hyuk berikan lalu ku pun membacanya,SINOPSIS
Seorang gadis yang minat menari bernama Hyun So Sunny berpindah ke Korea kerana mengikuti appanya bekerja dari Amerika. Minat terhadap tarian dan bercita-cita menjadi Penari Profesional juga di bantah sekeras-kerasnya oleh eomma dan appanya.Hyun so sunny seorang anak tunggal dan mempunyai seorang rakan barunya; In-na. Sunny cenderung ke arah tarian B-boy dan amat meminati Diversity dan Flawless.Kehidupan seharian Sunny berubah apabila dia berkawan dengan penari B-boy;Apple Monster dan sunny kerap ke tempat mereka. .Manakala Eun Hyuk menderita penyakit yang boleh membawa maut iaitu kanser hati tahap 2.Timbul perasaan dendam dan iri hati terhadap Jun Ho kerana dia amat rapat dengan Sunny. Semakin hari penyakitnya semakin parah tapi dia tetap tabah dan melawan penyakit itu.Eun Hyuk amat berharap dapat bercinta dengan Sunny kerana dia adalah gadis yang pertama Eun Hyuk cintai.Niat untuk meluahkan perasaan cintanya terhadap gadis kesayangannya punah apabila penyakitnya meragut nyawanya selepas Sunny berpindah ke Kanada.Akhirnya Eun Hyuk mati di atas pangkuan Sunny.
UNTUK PENGETAHUAN J
1- 1- First time wanie reka kisah sebegini,sekiranya dapat di filemkan wanielah orang yang pertama membeli tiket.
2- 2-Maybe semua orang tak pernah lagi dengar kisah sebeginikan? Wanie sebenarnya suka sangat dengan B-boy nie,tapi wanie masih belum belajr lagi. L
3- 3-Street Dance betul ker wanie tgok 2 3 kali? Yup,mmg betul wanie suka sangat2.DVD cerita nie appa yang kasi tau! Love Carly! J
4- 4 Idea cerita ini,wanie tak ciplak mana2. Wanie dapat idea nie dari angan2 wanie sendiri tapi wanie tak ader lah angan2 wanie sampai EunHyuk mati kerana kanser ker aper?? Mintak2 jauh2kanlah.. J
5- 5-Wanie reka cerita nie selama 4 hari,sebab wanie buntu mana slot sesuai untuk akhirkan kisah nie.
6- 6-Wanie pilih mereka nie sbb,mereka nie pro dalam soal tarian.So mmg layak la,
7- 7-Kahi? Knapa plak dia pandai menari B-boy dlm watak nie? Sbb aritu kan Kahi unnie ada blajar tarian B-boy dlm Hereos.
8- 8-Diversity & Flawless? Wanie suka tgok rancangan Got To Dance dan jurinya Adam,Kimberly Wyatt dan Ashley Banjo(Lead Diversity)..Ashley tu ensem tau!!
9- 9- Flawless tu dari cerita Street Dance tapi diorg x guna name real ..diorg just guna nme nie SURGE!
10-Kedua-dua grup nie mmg awesome!! Wanie suka sgt gerak tari diorg.. klo diorg dtg Malaysia semestinya wanie akan pergi
11Lee Mong Soo dan Noh Sa yeon mmg sepasg suami isteri..Bahagianya!!
12- Rosesvender tu,bakal nama butik Dienda.. name nie pun wanie yang reka
13Kimora Lee Simons.. wah nie mmg feveret wanie! Setiap rancangan dia mesti wanie tgok.. 14rekaan semua pakaiannya mmg canti
15Mmg wujud syarikat Baby Phat..Kimora bukan sekadar reka pakaian tapi seorang model,pereka minyak wangi dan seorang ibu kepda 3 orang anak ;Aoki,Mee Ling dan
Kezo.
SEBAB APA WANIE PILIH WATAK DARI ARTIS YANG TERKENAL? ADAKAH SIKAP MEREKA YANG WANIE MAKSUDKAN ITU SAMA?
1- Maybe?? Sebabkan mereka nie kan minat menari,betol x?
2- Gerak tari yang selalu tunjukkan dalam klip video mmg menandakan mereka pandai menari.
3- Kahi mmg pandai menari. Love it!! J
4- Lee Mong soo dan Noh sa yeon sepasang suami isteri yang bahagia.
5- Eun Hyuk mmg ada karisma yang unggul..kagumnya.
6- Gikwang plak pun sama,body six pax nya mmg awesome!! J
7- Hyun Seung pun sama,setiap klip video B2ST mesti tariannya secara solo.
8- In-na seorang yang agak aaego dan lembut.Comelll nya!
9- Yoseob? Huhu.. dia mmg talent dalm soal dance same like hyun seung oppa!
Junho? Sama ada die talent atau x.. sebb dia mmg halyu!!

No comments:
Post a Comment