Wednesday, December 21, 2011

2-Short Story : True Love !!



Tajuk :True Love!
Pelakon :
1-      Koo Hye Sun - Hyerim
2-      Lee Dong Wook – Jang Wooyoung
3-      Oak Teacyon (2PM) – Hyun Deasung
4-      Anh Daniel(Teen Top) – Niel
5-      Shin Dong-Ho(U-KISS) - Hoonie

“Kau degil  ye? Kau nie memang,dasar perempuan tak guna! Kau suka bawa masalah dalam hidup nie!”tengking Deasung padaku. Pang..pang..pang..,berbirat pipiku akibat di tampar oleh suamiku sendiri.”Abang nie kenapa? Bawa bertenanglah! Apa salah saya sampai abang naik angin nie.” Kataku dalam tangisan.”Kau memang tak guna,perempuan! Baiklah,sekarang inilah masanya aku nak ceraikan kau.Dengar baik-baik,Aku ceraikan kau Hyerim”jerit Deasung. Habis semua barang-barang didalam bilik di lemparnya ke dinding. Perangai Deasung berubah semenjak syarikatnya muflis,dan akulah yang menyara sekeluarga dengan meniaga dubbuki di gerai tepi jalan.Deasung pula suka melepak di lorong-lorong dan sering mengganggu pelanggannya di gerai.

“Niel tolong eomma kemaskan kedai,semua meja dan kerusi bawa masuk kedai. Hari dah malam lagipun tak ada sapa yang datang lagi nie. Hoonie tolong abang kamu sekali” perintahku.”Nea eomma!” balas Niel dan Hoonie.”Ehhh...Sekejap! Jangan tutup kedai lagi!” pinta seorang lelaki yang agak kelam kabut itu.”Maaf,boleh sediakan 1 mangkuk dubbuki?”pinta lelaki itu lagi.”Maaflah bang,kedai kami nie nak tutuplah. Lagipun takut perompak masuk.”jelas Niel.”Hurm..bolehlah saya bayar 2 kali ganda.”katanya lagi.”Erm..tak payahlah nak bayar 2 kali ganda,dah cepat masuk.Nak ke tak?”kataku.”Terima Kasih kak!”
Niel bergegas menolong aku manakala Hoonie menyediakan tempatnya.”Mmmm..Sedapnya dubbuki akak nie”puji lelaki itu.Selepas lelaki itu pulang,barulah kedai tutup.

Keesokan harinya,

“eh..kenapa kedai nie disita?? Buka balik,cepat!!!”raungku pada orang itu.”Langsaikan hutang aku dulu.Suami kau tahu nak hutang jer..nah amik kau!”marah orang itu.”Apa?? Hutang??” kataku lagi dengan terkejut.”Haah,suami kau hutang sebanyak 10000 won!”kata orang tu lagi.”10000 won??” Ya Tuhan,mana aku nak cari duit sebanyak itu? Sewa rumah masih tertunggak dah 3 bulan tak bayar.Aku kena cari jalan juga”azamnya dalam hati.Mereka pun pulang ke rumah dengan rasa sedih dan hiba.Semasa dalam perjalanan pulang kerumah,aku ternampak sebuah iklan di stesen bas yang berdekatan dengan gerai ku.”MENCARI PEMBANTU RUMAH”katanya dalm hati.”wah,nie kerja paling senang nie.”katanya sambil menyalin nombor telefon.





Dirumah,

Tut..tut..tut..”yobseayo”,”Nea,nak cakap dengan sapa?”,”Hurm..pagi tadi saya lalu di stsen bas dan ternampak iklan yang mengatakan nak cari pembantu rumah”,”ya,betul puan berminat ke?”,”Ya,saya berminat”,”Baiklah,puan boleh terus ke Pejabat Agensi petang ini pukul 4”,”Baiklah,Kamsahamida”.”Wah,sekejap saja dapat kerja,selepas ini aku mahu bekerja sungguh-sungguh” katanya lagi.

Di Pejabat Agensi,

“Puan isikan borang ini dahulu dan sila tandatangannya di sini”arah seorang pekerja wanita disitu.”Ok,kamsahamnida.Puan kene tunggu panggilan dan puan kena datang semula kesini untuk menandatangani surat pengesahannya”kata seorang pekerja wanita itu tadi.” Selepas menandatangani surat itu bolehlah aku bekerja.”kata aku dengan gembira.

Di rumah,
“Yobeseayo,nie Puan Hyerim ke?”,”Ye saya Puan Hyerim”,”Pemohonan Puan diterima,puan boleh hadir semula ke Pejabat Agensi itu pada hari esok pukul 11:30 pagi”,”Baiklah,Terima Kasih banyak-banyak”balasku dengan rasa terharu.

Selepas menandatangani surat pengesahan mulalah aku sebagai ‘Orang Gaji Hyerim’.
“Hari Sabtu ini aku dah boleh mula kerja tapi rumah siapa ya?”bisik hatiku sambil memegang alamat rumah majikanku.

Hari Pertama bekerja,

“Wah,besarnya rumah dia! Mesti tuan aku nie kaya.”bisik hatiku.”Kata Encik tu tuannya tiada di rumah. Jadi,aku kene kemaskan rumah sebelum dia balik”kataku lagi.Mulalah operasi mengemas.Segala pakaian telah pun ku cuci,lantai sudah pun vakum dan mop.Dapur pula,siap semua aku masak untuk dia makan tengahari dan pinggan yang tak di basuh sudah pun ku cuci.Semua perabot telah pun ku lap dan tak ada satu pun habuk.
Ting..tong...ting..tong..”Ha,tu mesti tuan aku dah balik”kataku sambil meluru ke pintu utama.”Ya Encik sila masuk”kataku sambil tunduk hormat.”Eh,nie makcik yang jual dubbuki kan?”soalnya.”Iya”kata aku dengan jujur.”Yahoo...bolehlah mak cik nie masakkan dubbukki kegemaran saya setiap hari”jeritnya sambil melonjak-lonjak.”Hurm..iya ,dubbuki dah pun disediakan”.Tuan aku terus meluru ke dapur dan tanpa berlengah lagi terus makan dengan gembiranya.

Begitulah setiap pagi aku akan ke rumahnya dan mengemas setiap penjuru.Tapi tidak akan lupa pada anak-anakku;Niel dan Hoonie.”Encik,nak minum apa? Jus?”kataku pada tuan aku.”Tak payahlah nak panggil Encik,panggil Wooyoung sahaja”balasnya lagi.Aku mengangguk dengan setiap arahannya.”Tak payah buat-buat jus,marilah duduk sini”lawa Wooyoung.”Mak cik nie nama siapa? Boleh kenalkan diri mak cik tak?”pinta Wooyoung.”Boleh,nama mak cik Hyerim berumur 32 tahun.Mak cik ada 2 orang anak,tapi dah besar masih bersekolah.Mak cik berasal dari Busan.”,”Ouh,nie mak cik keje kat sini kedai mak cik tu macam mana?” soal wooyoung.Alamak dia tanya nie,macam mana nak jawab.”Sebenarnya kedai mak cik kene sita”,”ha? Kenapa pula kene sita?”,”Bekas suami mak cik berhutang dengan orang tapi tak bayar dan mak cik tak tahu pula di cagarkan kedai mak cik pada orang itu”kataku lagi dengan rasa sedih.”Ouh ye ke? Macam nie lah saya bayarkan hutang tu,berapa banyak mak cik mahu saya bagi.”kata Wooyoung dengan ikhlas.”Eh,tak apalah.Susah Wooyoung jer lagipun bekas suami mak cik boleh tolong bayarkan”bohongiku pada Wooyoung.”Baiklah,tapi sekiranya mak cik nak apa-apa bagilah tahu saya usah malu-malu”katanya lagi.”Baiklah”kataku.”Ha lagi satu,boleh tak saya panggil Hyerim jer?”soalnya.Aku mengangguk tanpa berkata.”Aduh kenapa pula aku pergi cakap yang kedai tu kena sita? Ishh.. sekarang kedai tu bukan saja kena sita silap haribulan nyawa aku pun di sita juga”kataku dengan rasa cemas dan ku teringatkan pada Niel dan Hoonie.Selepas tuan aku pergi ke kerja,aku pun segera menelefon menanya khabar.”Annyeong Niel,dah makan?”,”nea eomma,bagaimana kerja baru eomma? Best ke?”,”Ok jerk at sini. Majikan eomma tak banyak kerenah.”,”Ouh,baguslah”

Selepas aku berbual,aku menyambung tugas ku kembali.Hari ini,Wooyoung bekerja separuh hari saja. Wooyoung minta ku masakkan dubbuki kegemarannya. Tepat jam 3 petang dia pun sampai.Selepas dia makan,kami pun berbual dan bergurau.”Hyerim nak tanya bbrapa soalan boleh tak?”,”Boleh”,”Sekiranya seseorang mahu cinta dari Hyerim adakah Hyerim terima”,”Hurm..tak”,”Kenapa?”,”Sebab Hyerim rasakan hidup sendiri lagi bagus”

Malam itu entah kenapa Wooyoung minta aku minum bersamanya.Tuan aku lawa tak kan aku menolak nanti takut dibuang kerja pula.3 botol habis kami berdua minum,selepas itu Wooyoung menyuruh aku mengambil 1 lagi botol di peti sejuk.Aku pun mengambil tapi setelah aku menoleh belakang dia tiba-tiba dia memelukku.”Hyerim sebenarnya aku cintakan kau,aku tak nak kau tinggalkan aku.Aku percaya kau wanita yang baik”kata Wooyoung dalam keadaan separuh sedar.Terpaku aku di situ apabila mendengarkan kata-katanya.Walaupun aku minum 3 botol dengan Wooyoung tapi pelik tak rasa mabuk pula.Bahkan rasa segar.Selepas aku papah Wooyoung ke katilnya ,dia menarik aku supaya tidur bersamanya tapi ku cepat-cepat larikan diri.Aku pun pulang ke rumah dengan menaiki bas.Sampai di rumah aku teringatkan kejadian sebentar tadi.

Selesai tugasan mengemas dan memasak aku pun minta diri untuk pulang berikutan Wooyoung cuti.Semasa melangkah keluar Wooyoung tarik tangan ku supaya jangan pergi dan terus mendakap aku.”Hyerim jangan tinggalkan Wooyoung,aku cintakan kau.Tak kiralah kau nie siapa pun,aku sanggup terima”katanya.”Lepaskan saya Wooyoung!”kataku lalu menolaknya dan terus pulang ke rumah.









Keesokan hari,

“Nah kau ambil surat nie kau tandatangan dan aku nak hidup bersama kau,Hyerim”desak Wooyoung.”Aku tak nak!”bentak aku.”kenapa?? aku boleh bahagiakan kau,Hyerim”desaknya lagi.”Sebab aku dah laluinya selama 13 tahun aku kahwin dengan seorang lelaki,dia tak pernah menyayangi aku.Setiap hari dia pukul aku,tengking aku,Wooyoung”kataku dengan sedih.”Aku bukan lelaki seperti itu,aku tetap sayang kau walaupun kau janda!”jeritnya lagi.Aku tak sanggup lagi dengan semua itu,lalu ku pulang ke rumah dengan rasa sedih.

“Annyeonghaseyo,nie Niel dan Hoonie ker?”soal Wooyoung ke rumah mak cik mereka.”Ya,eh nie abg yang dulu datang makan kat kedai kita kan bang?”soal Hoonie pada Niel.”iyalah,wah..Segaknya abg.Abang cari siapa?”soal Niel.”Abang cari buah hati abang.”jawabnya.”Buah hati abang..Ouh! siapa? Kenapa abang cari kat sini?”,”Buah hati abang Hyerim,mak kamu.Dia ada tak?”,”Apa?? Mak kami....”,”syyyyyttt...senyaplah jgn jerit..! jom abg bwak kamu berdua ke Shopping Mall nak?”ajak Wooyoung.”nak la”,”Ok,tapi jangn bagitahu mak kamu,janji dengan abang”katanya lagi.”Beres..”kata Niel dan Wooyoung.

Sementara Wooyoung,Niel dan Hoonie membeli belah,di rumah pula Hyerim kelihatan sugul kerana Niel dan Hoonie juga tiada di rumah.”Annyeong eomma..”sapa Niel dan Hoonie.”Mana kamu berdua pergi? Kenapa tak beritahu eomma dahulu?”marah aku kepada mereka.”Maaf saya lupa nak bagitahu awak.  Jangan marah mereka ini semua salah saya.”muncul Wooyoung di muka pintu.”Terpaku aku di situ,bagaimana Wooyoung tahu alamat rumah aku”bingung aku dibuatnya.”Eomma,abang Wooyoung nie baiklah.Abang Wooyoung belikan banyak baju baru”celah Niel.”Kamu nie kenapa bangga sangat,pulangkan semula baju-baju tu.”marah aku lagi.”Eh,kenapa pula nak pulangkan ambil sajalah.Lagipun saya majikan awak.Suka hati sayalah nak belikan atau tidak”bantah Wooyoung.”Niel dan Hoonie masuk rumah sekarang”arah aku,”Baik”.”Awak kenapa nak berbaik dengan anak-anak saya.Ingat saya hanya orang gaji awak bukan isteri awak.”jelas aku lagi.”Sekarang nie kalau awak nak jadi isteri saya pun boleh”katanya dengan sepontan.”Dah lah saya malas nak layan,awak boleh balik rumah dan berehat”.Dengan pantasnya dia menarik bahu aku dan secara tiba-tiba dia memeluk aku dengan erat.”Hyerim,saya tahu awak susah nak terima saya sebagai pengganti.Tapi saya perlukan teman hidup dan akan bahagiakan awak.Tolonglah!”kata Wooyoung.”Lepaskan saya!”lalu aku menolaknya

Sebulan yang lalu,

Selepas aku berhenti kerja sebagai orang gaji,hidup aku dan anak-anak semakin bertambah ceria.Sedang aku menyiapkan kerja di laptop,sebuah kereta Bugatti parkir di halaman rumah aku.”Annyeonghaseyo,nie Puan Hyerim ke?”,”ya,nie siapa ya?”,”Nie ada bungkusan untuk Puan”,”Terima kasih”.Bungkusan? siapa pula yang bagi nie? Lalu aku pun membuka bungkusan itu dengan penuh gementar.”Wah..cantiknya! Gaun nie mesti mahal.Eh,ada kad lah





Annyeong Hyerim,
Datang ke Restoran Might pada pukul 8 malam,
Jangan lupa pakai gaun yang saya beli itu! Jumpa awak disana





Alamak nie bukan hadiah biasa nie makan malamlah!Ala ..sapa pula yang berikan nie.Nak pergi ke tidak? Pergi sajalah.
Di Restoran Might,
“Annyong nie Puan Hyerim ke?”,”ya”,”Puan ikut dia”kata pelayan itu.Tanpa banyak cakap,aku pun mengikut pelayan itu.Setiba di sana,ramainya pengawal.Ini bilik VIP,apabila seorang pelayan buka pintu itu,”Suprise..Happy Birthday Eomma!”jerit Niel dan Hoonie.Terharu dan gembira mula menyelubugi hati ini.Inilah kali pertama anak-anak aku menyambut hari istimewa aku iaitu Hari Lahir.Tiba-tiba aku didatangi seorang lelaki yang memakai set tuksedo sambil membawakan kek kepada ku.”Selamat Hari Lahir sayang”kata Wooyoung.Selepas memotong kek,Wooyoung pun mula melamar Hyerim dan membawa sebentuk cincin bertakhta berlian.”Hyerim sudikah awak menerima saya sebagai teman hidup awak selamanya?”lamar Wooyoung.Aku terdiam sejenak,”Eomma cepat lah,cakaplah setuju.Kami terima Abang Wooyoung sebagai ayah kami.”kata Niel dan Hoonie dengan gembira.”Saya terima awak dengan seadanya”jawab aku kepada Wooyoung.”Yahoooo...Terima kasih sayang”.Hati aku begitu lega sekali,aku percaya Wooyoung bukan macam bekas suami aku;Deasung.Terima kasih Wooyoung kerana membuat aku percaya pada kau.
Selepas aku berkahwin dan menjadi suri hidup kepada lelaki yang aku cintai hiduplah aku bahagia disamping dia.Sekarang aku bukan lagi orang gajinya malah menjadi isterinya yang sah.Anak-anak aku pun sudah melanjutkan pengajian yang lebih tinggi.Manakala Wooyoung telah menjadi tauke dubbuki dan sudah 50 cawangan di Korea.Harap perniagaan ini berkembang maju.Bagi aku,umur bukan ukuran pada cinta yang penting keikhlasan dan ketulusan.









SINOPSIS
Seorang wanita yang tabah bernama Hyerim dan mempunyai dua orang anak iaitu;Niel dan Hoonie.Hyerim kerap di pukul dan di tengking oleh suaminya;Deasung.Sikap Deasung berubah apabila syarikatnya muflis dan dia ditipu orang.Akibat tertekan dan sukar menerima hakikat,Deasung selalu hilang pertimbangan dan Hyerim kerap menjadi mangsa keadaan.Selain menengking,Deasung juga kerap membelasah isterinya.Selepas Deasung menceraikan Hyerim,maka Hyerim dan dua beranak itu keluar dari rumah dan menumpang di rumah kakak Hyerim.Untuk menyara anak-anaknya,Hyerim membuka gerai dubbuki.Satu lagi dugaan menimpanya,apabila gerainya disita kerana bekas suaminya berhutang.Walaupun banyak dugaan yang dilalui,semangat untuk mencari rezeki untuk anak-anaknya tidak pernah putus.Suatu hari,semasa di stesen bas Hyerim ternampak sebuah iklan dan dia bekerja sebagai orang gaji di rumah majikannya;Wooyoung yang pernah makan di kedainya dahulu.Wooyoung seorang bujang terlajak dan menemui cintanya iaitu Hyerim.Pelbagai onak duri yang Hyerim lalui sebagai orang gaji di rumah Wooyoung.Wooyoung berusaha keras untuk menangi hati Hyerim.Hyerim menolak cintanya kerana tidak mahu sejarah hitamnya kembali.Tetapi sangkaan Hyerim meleset,Wooyoung adalah seorang yang penyayang dan bukan panas baran seperti bekas suaminya;Deasung.Selepas sebulan,Hyerim berhenti kerja menjadi orang gaji dan dia menemui semula Wooyoung.Akhirnya lamarannya di terima baik oleh Hyerim.

UNTUK PENGETAHUAN J
1-      Wanie reka cerita nie bukan nak mempersenda siapa-siapa pun. Banyak sebab wanie buat cerita ini. Cerita nie wanie x tujukan kat siapa-siapa pun.
2-     Cerita ini berdasarkan seorang ibu yang melalui banyak rintangan dan dugaan untuk mencari rezeki dan membesarkan dua orang anaknya.
3-     Ok,tadi wanie kata sebabkan? Sebabnya,kepada ibu tunggal yang lain harap janganlah berputus asa untuk menjadi yang terbaik kepada anak. Kerana anak-anak sering mendoakan kita.
4-     Dan diharap siapa yang membaca kisah ini,contohilah sikap tabah dan kesabaran seorang ibu tunggal yang bernama Hyerim.Beliau tidak pernah kenal erti penat untuk bekerja siang malam untuk mendapatkan rezeki.
5-     Wanie dapat idea nie dari cerita Oh,My Lady! Lakonan Siwon dan sapa erk?? (ala,x ingt la plak). Cuma banyak wanie ubah balik.
6-     Wujud ke kisah nie?? Maybe wujud,tapi wanie tak pernah dengar lagi.
7-     Pasal yang Wooyoung minum dgn Hyerim..memang betul ia dari cerita Oh my lady! Cuma dalm cerita sebenar bukan Wooyoung peluk Hyerim..tapi yang betulnya diaorang bercium. Tapi takkan la wanie nak masukkan unsur blues plak! So wanie tukarkan.
8-      Kebanyakkan ibu tunggal sukar menerima orang baru dalam hidupnya spertimana Wooyoung berusaha menangi hati Hyerim..
9-      Dan mereka fikir,hidup sendirian lagi bagus.Ya mmg,wanie bukan nak gossip tapi ada contoh. Contoh paling dekat iaitu my nanny;selepas kematian haraboji mmg ramai nak jadikan halmeoni sbg pasagn hidupnya. Tapi halmeoni tetap akan pendiriannya,dia takkan menerima sesiapa orang baru sebagai pengganti hidupnya lagi. J
10-  Cerita ini bukan sekadar untuk yang tgh janda but yang balu pun boleh jadi juga. Setengah balu selepas kematian suami mereka sama ada mereka menemui cinta baru atau tidak. Sememangnya jodoh itu terletak di tangan yang Maha Berkuasa.


SEBAB APA WANIE PILIH WATAK DARI ARTIS YANG TERKENAL? ADAKAH SIKAP MEREKA YANG WANIE MAKSUDKAN ITU SAMA?

1-    Sama itu tak tahulah,sebab mereka tu bukan duduk serumah dengan wanie. Apa yang penting hanyalah rekaan semata-mata.
2-   Ok mesti tertanya-tanya kenapa wanie pilih Teacyon sebagai seorang suami yang panas baran kan? Entahlah kenapa,sebab wanie perhatikan mukanya bila marah memang menakutkan.haha J
3-   Koo Hye Sun plak,sebab wanie teringin sangat nak tengok dia berlakon sebagai perempuan janda / seorang ibu yang tabah. Wanie tgok watak dia berlakon dalam cerita Boys Over Flower tu mmg berkesan.(bestnya lah,nak tgok lagi lah) J
4-   Niel dan Hoonie plak,sebenarnya wanie tgok diorang nie lebih kurang sebaya wanie jer,kalau nak tau Hoonie tu tua 2 tahun jer ngan wanie.
5-   Shin Dong-Ho tukar Hoonie?? Why? Wanie malaslah nak tulis nama dongho panjg sangt so wanie tukarkan jadilah HOONIE. Comelkan nama tu J
6-   Ha nie yang pelik knapa plak pilih Lee Dong Wook sbg Wooyoung?? Wanie mmg minat Dong Wook sbb ensem sgt2 tau.And drama tbarunya Scent Of Women @ S-One..tak sabr nak tgok. Wanie tgok cerita My Girl dri eps 1 smpailah habs..! Lee Dong Wook kalu dah kawin,duda beratus kali pun aku sanggup terima.Haha J

No comments:

Post a Comment