Wednesday, December 21, 2011

6-Short Story : Winter Of Love!!




Tajuk: Winter of Love!
Pelakon:
1-      Yoo In-na – Hyerim
2-      Baro (B1A4) – Baro
3-      Soohyun (UKISS) – Hyun


Ting.. bunyi loceng ketuhar menandakan muffin aku dah masak. Hajat aku nak beri Baro muffin sebab aku dan dia paling rapat dan aku dapat rasakan yang dia mempunyai perasaan yang sama macam aku. Sedap bau muffin coklat aku cantik saja membulat. Aku masukkan muffin itu di dalam kotak bungkusan. Aku tahu dia amat meminati muffin aku. Aku mencapai selendang dan kasut but. Sekarang musim sejuk cuma belum turun salji. Alangkah indahnya sekiranya dia setuju menerima aku sebagai kekasih sewaktu salji turun.

Di rumah Baro,

Ting..tong...ting.. “Eh, Hyerim ada apa datang sini? Nak belanja makan ke? Sejuknya kat luar nie!” “Emm..mmm, se..se..se” “Apahal pula kau nie jadi gagap pula. Sejuk ya?” “Eh..taklah sebenarnya aku nak bagi kau muffin nie. Aku nak cakap sikit boleh tak?” “wah.. sedapnya! Hurm.. cakaplah” “Baro aku dah kawan dengan kau dekat 5 tahun, mak ayah aku pun dah kenal keluarga kau dan kau banyak meolong aku semasa mak ayah aku meninggalkan aku. Dan kau juga banyak beri sokongan dan kewangan pada kelauarga aku. Dan  sebenarnya aku nak jadi kekasih kau” . Terbeliak mata dia memandang aku. Nafas aku tercungap-cungap. “Hurm.. aku bukan nak malukan kau. Yang sebenarnya aku baru semalam putus hubungan dengan Hyoseon. Aku tekad tak nak bercinta lagi sebab aku terlalu mengharap. Nampak kesan tumbukan nie. Dia upah orang untuk membelasah aku. Nie kerana cinta punya pasallah. Kalau aku bercinta dengan kau, kalau aku tak mampu nak buat kau bahagia nanti abang kau pula belasah aku. Maafkan aku Hyerim” jelas dengan nada sedih. Aku tak dapat menahan sebak lalu aku pergi dari situ. Aku menganggap Baro adalah cinta pandang pertama aku.

Tiba di laluan zebra aku terlanggar seseorang. Dan barangnya habis bertaburan. “Maafkan saya encik. Biar saya kutip.” Kata aku sambil mengutip barangnya yang terjatuh. Dia memerhatikan aku dan dia mengelapkan air mata aku membuatkan aku terkaku sebentar. “Adik jangan nangis tak comellah”kata seorang remaja lelaki yang aku langgar tadi. Selepas aku mengutip aku meminta maaf kepadanya. Dia tanpa mengatakan apa-apa hanya mengukirkan senyuman. “Adik jom teman abang nak? Kita minum di kedai itu” lawanya sambil menunjukkan arah kedai itu. “Hurm.. bolehlah”jawab aku.

“Kimbap 1 dan ladu 2” pesan lelaki itu. “Adik tak nak apa-apa ke? Abang belanja.” “Tak payahlah. Terima kasih sajalah.” “Nie sapa adiknya ke? Wah comelnya!” tanya pelayan itu. “Hurm.. mmg adik saya. Comelkan?”kata lelaki itu lagi. “Awak nie siapa?” “Ouh,maafkan saya. Saya Hyun.” “Hurm.. kwa chan nayo oppa”. Semasa Hyun makan mahu saja aku larikan diri tapi di sebabkan aku dah jatuhkan barangnya terpaksalah aku teman. Tapi aku percaya dia macam dari orang yang baik. Amat lapar rasanya melihat gelagatnya sedang makan tapi aku malu nak pesan. Lagipun tak sampai satu jam aku kenal dia.
Segala rasa sedih tentang penolakan cinta Baro telah lenyap. Hati aku rasa tenang apabila menatap wajah seorang jejaka yang baru sebentar ku kenali. Tenangnya bak seperti air laut yang membiru dan angin sepoi-sepoi bahasa. Dan timbul perasaan ingin tahu padanya. Adakah selepas ini kita berjumpa lagi? Atau ini pertemuan yang pertama dan terakhir? Atau sekiranya dia kawan aku dia akan menganggap aku sebagai kawan sepermainan? Argghhh.. banyaknya pertanyaan. Nie bukan kaunter pertanyaanlah. “Adik nak abang hantarkan adik balik ke?”.”Hurm.. tak apalah abang. Hujan sudah reda lagipun abang pasti ada urusan lepas ini.” “Baiklah kalau itu keputusan adik. Saya tolong panggilkan teksi.” “Ah.. kamsahamnida”. Selepas Hyun menahan sebuah teksi, dia mengucap selamat tinggal. Dan dia tolong bayarkan duit tambang. Walaupun aku menolak namun dia tetap nak membayarnya. Baiknya hati dia, tapi sebaik dia meninggalkan aku terpaut perasaan sedih dalam jiwa aku.

Keesokkan hari,

Hari nie cuti lagi apa yang aku nak buat ya? Baca buku novel? Membeli belah? Layan internet? Ha.. aku ada satu idea jiwa sekarang tengah dilanda taufan apa kata aku pergi karaoke? Hurm..mm.. idea yang bernas sekali. Dekat 15 minit aku menunggu bas dan cuaca pula semakin sejuk. Cepatlah wahai bas. Dari jauh ku nampak sebuah bas tapi semakin dekat rupanya yang ku sangka bukan bas tapi kereta mewah Bugatti. Dia berhenti di depan ku, siapakah gerangan itu? “Adik nak pergi mana? Abang boleh temankan? Cepatlah masuk sejuk nie.”kata Hyun. Aku yang terpinga-pinga melihat dia berpakaian seperti seorang berjawatan besar. “Hurm.. Abang tak kerja ke? Lagipun mesti abang sibuk. Adik nak ke mall sekejap”kata aku. “Adik demam ya? Hahaa.. hari nie kan hari minggu mana ada kerja. Pejabat tutup dik.”balas Hyun.”Ouh.. yeke? Maafkan saya ya?” kata aku lagi. Lalu aku pun masuk ke dalam keretanya. Amat hati-hati aku membuka pintu kereta takut ada yang calar. Mahal keretanya tak terkira. Memang kaya mamat nie. “Nama adik siapa ye? Asik kita bertemu lupa pula nak menanyakan nama siapa? Haha!” “Nama saya Hyerim” “Hyerim.. urmm.. Hyun Hyerim jadi Hyuriem. Sedap gak!” ngomel sendirian si Hyun.

“Adik nak ke mall? Nak membeli belah ke? Ke cuci mata saja?”tanya Hyun. Alamak apa jawapan yang patut ku katakan? Takkanlah nak cakap pergi karaoke? “Nak beli baju sikit. Minggu depan ada majlis di rumah kawan.” “Ouh.. “. Aku terasa malu pula pada dia tapi dia tetap senyum pada aku. Aku tahu aku tipu dia tapi apakan daya. Aku tiada mak ayah hanyalah mak cik yang tempat ku mengadu. “Selepas kita ke mall kita ke rumah abang sekejap ya?” “Ha..nea”

Di mall,

“Adik gaun sesuailah. Adik pergi cuba.”arah Hyun. Tanpa berlengah lagi aku terus ke bilik persalinan. Aku tunjuk padanya dia menggeleng kepala. Dekat 2 jam aku di kedai itu semua gaun dah pun ku cuba tapi bagi pandangannya amat lain. “Alaa..mamat nie! Aku nie dah la penat nak pergi majlis ringkas saja pun bukan ada majlis besaran pun”ngomel aku sendirian dalam bilik salinan entah gaun yang keberapa aku cuba. “Cik Hyun nie gaun yang baru saja dipasarkan dan gaun nie edisi terhad”kata seorang pekerja di situ. “Adik cuba gaun nie pula. Yang tu kurang menariklah” “Hurrmm.. yela!”. Selepas mencuba gaun satin itu dia amat terkejut malah mulutnya ternganga dengan begitu luas. “Nie yang abang suka nie. Ok,ambik yang ini. Lepas nie kita ke kedai kasut pula”
Selepas membayar gaun itu aku berkali-kali mengucapkan terima kasih kepadanya. “Oppa terima kasih banyak-banyaklah. Adik tak nak beli gaun mahal sebenarnya sekadar blaus dan skirt pendek pun jadi. Gaun nie mencecah ribuan won.” “Nak pakai blaus dan skirt ke majis orang? Tak takut kene halau ke? Adikkan perempuan tak manis kalau pakai macam tu ke majlis orang.” “Lagipun abang bukan sebahagian diri adik. Adik baru kenal abang kurang seminggu. Tapi..” “Tak de tapi-tapi.. Jangan cakap abang tak ada makna pada adik. Tolong jangan cakap macam tu” “Ok”
Selepas membeli kasut aku di bawa ke spa rambut dan rias kuku. Aku terasa segan sangat sebab aku dari keluarga yang serba kekurangan.


Di rumah Hyun,

“Minumlah air nie. Adik mesti penatkan” “Hurm...terima kasih oppa”. Terpegun aku melihat rumahnya. Begitu besar sekali rumahnya ada 3 tingkat. Ruang tamunya boleh buat padang bola penuh perabot. “Mak ayah abang mana?” “Ada kejap lagi mereka baliklah”.”Hyun kau cakap dengan siapa tu”tegur seorang wanita agak pertengahan umur lagaknya seperti jutawan. “Ini kawan Hyun. Hyerim kenalkan nie eomma abang” kata Hyun. Aku terus bangun lalu menunduk hormat pada ibunya. “Hyerim saya ada satu soalan” tanya ibu Hyun. “Ya tanyalah” jawabku dengan penuh rasa hormat. “Kau dari mana? Ayah kau kerja apa? Kau nie dari keluarga mana? Kaya? Miskin?”tanya ibunya lagi. Amat pedas sekali pertanyaanya menusuk jiwa aku. “Eomma apa nie? Kenapa tanya Hyerim macam tu?” “Eomma hanya nak tahu saja. Tak kan lah itu pun tak boleh? Ha,Hyerim cepat jawab”. Menitis air mataku semakin deras ia mengalir mencurah pipiku. “Saya tiada siapa-siapa hanya mak cik yang saya tinggal dialah tempat beradu kasih saya. Saya dari keluarga yang miskin. Maafkan saya kerana mengenali anak Puan;Hyun. Minta diri dulu” kata ku dengan tergagap-gagap lalu ku berlari keluar dari rumahnya. Pantas Hyun menarik tangan aku lalu aku minta dia lepaskan. Aku berlari dengan sekuat yang boleh jauh dari rumah Hyun lagi. Kenapalah malang nasib aku bila di temukan dengan seorang lelaki.


3 bulan yang lalu,

Semenjak kejadian itu, aku tidak lagi berjumpa dengan Hyun. Telefon selalu aku matikan agar dia tidak lagi menghubungi aku lagi. Tiba-tiba aku mendapati ada orang memanggil aku aku cam suara tapi tak mungkin Hyun. Aku buka pintu ada sebuah kotak berwarna hitam besar. Lalu aku membukanya di bilik dan aku dapati gaun yang Hyun belikan pada aku. Pada malam itu aku tinggalkan rumah Hyun gaunnya ada di dalam kereta. Sepasang kasut juga ada didalam kotak itu, lalu tanpa di sedari aku menangis dengan teresak-esak. Kenapalah ada saja yang menghalang aku berkawan dengan seseorang.





“Hyerim.. nie ada kawan datang nie” panggil ahjuma aku. “Ya sekejap”. “Eh Baro ada apa kau datang sini?” “Nah datang tau esok ada makan-makan kat umah aku. Kebetulan kau suka pasta mak aku ada masakkan masa majlis esok. Aku harap kau datanglah.” Kata Baro sambil menghulurkan kad jemputan majlis hari jadi adiknya. “Terima kasih ya Baro”


Keesokkan harinya,

“Silakan masuk” jemput pelayan. Aku mengambil tempat agak hujung sekali. Tiada yang kenal di situ. Aku terasa amat segan pula. “Disini saya nak umumkan ada 2 orang akan menyambut hari jadi di sini. Kita jemput adik Hyerim dan pasangan misterinya.” “Ha? Apasal pula nama aku di sebut? Tetamu yang ada di situ semuanya memandang ke arah aku. Lalu dengan rasa kedunya aku bangun juga dan ke tempat pemotongan kek. Sebelum aku potong kek mata aku di tutup dengan kain. Dan di tempat itu juga rasa sunyi. Tiba ada orang membisik di telinga aku “Happy Birthday Hyerim. Hyerim sajalah mahkota hidup abang tiada siapa selain adik. Walaupun makanan kegemaran sama tarikh lahir abang sama dengan adik, abang terasa bahagia sangat. Bahagianya tidak dapat digambarkan tapi hanya adik sajalah yang tahu. Maafkan abang kerana buat adik menderita kerana abang. Pada harini janganlah anggap abang lagi pada adik anggap sajalah ini kekasih adik yang adik inginkan. I LOVE YOU HYERIM!” terpaku aku di situ. “Adik maafkan abang. Tapi sebenarnya adik pun sayangkan abang juga.”jwab aku dengan jujur.”Tapi bagaimanapula dengan eomma Hyun? Bukan dia tak suka dengan gadis miskin ke?” “Heehehe.. saya ada idea kita kawin lari”. Selepas dia membuka kainku, dia menyarungkan cincin dan pada masa yang sama turunlah salji. Dan aku cepat-cepat menarik tangan Hyun pergi ke luar dan bermain salji. Dan aku menjerit “Akhirnya aku mendapat kekasih sejati tepat salji turun.”. “Nie Baro adik sedara Hyun. Dialah yang ceritakan pasal awak pada saya” “Ishh.. Baro nie kan saja jer” kata aku lalu ku membaling ketulan ais salji padanya. Indahnyalah nikmat dunia!! Terima kasih salji kau sanggup tunggu aku!




JTHE ENDJ





SINOPSIS

Seorang gadis remaja berumur 19 tahun yang bernama Hyerim. Hyerim adalah anak yatim piatu dan menumpang kasih di rumah mak ciknya. Baro dan Hyerim adalah kawan baik dari kecil sampailah ke dewasa. Hyerim ada menyimpan perasaan cinta pada Baro namun dia ditolak kerana Baro telah di pukul oleh bekas teman wanitanya iaitu Hyoseon. Hari demi hari hati Hyerim semakin kosong namun ia telah di isi semula apabila bertemu dengan Hyun abang sedara Baro. Selama ini Baro telah menceritakan tentang Hyerim pada Hyun. Sebab itu Baro dengan sengajanya menolak cinta Hyerim. Semakin hari semakin rapat hubungan Hyerim dengan Hyun. Hyun sengaja menganggap Hyerim sebagai adiknya kerana Hyun juga pernah kehilangan adik kandung semasa kemalangan ngeri tahun lalu. Hubungan Hyerim dan Hyun terputus di tengah jalan apabila cintanya di halang oleh ibu Hyun akibat kemiskinan Hyerim. Namun Hyerim menyembunyikan diri tanpa khabar berita selama 3 bulan. Tetapi apa yang menemukan kan adalah hasil pertolongan Baro dan gaunnya. Mereka akhirnya menjadi sebagai sepasang kekasih. Dan pada masa yang sama juga impian Hyerim untuk bertemu kekasih pada salji turun juga termakbul juga.


*untuk pengetahuan J


1-    Akhirnya kisah nie berakhir juga. J * jgn lpe nantikan kisah yg seterusnya ye?*
2-   Memakan masa lebih kurang 3 hari nak siapkan. Sepertimana yang wanie selalu cakapkan buntu nak akhirkan cerita nie.
3-   Mmg sagt nak bercinta waktu salji turun. Waktu tu mmg romantik.
4-   Sebab apa x buat waktu musim bunga ke? Musim panas ke? Skrgkan dah nak krimas so korea kan skrg tgah musim sejuk. Besttnya! J
5-   Nanti wanie pikirkan nak wat kisah cinta pada musim bunga pula ya? Jangan lupa bagi idea? Nanti wanie timbangkan ok?
6-   Asik guna nama Hyerim jer kan? Ouhhh.. kalau boleh bagilah idea! Wanie da lose idea nie!
7-   Mesti tertanya-tanyakan kenapa banyak sangat buat kisah-kisah cam nie? Sebab wanie tgah mengharapkan cinta yang tulus lagi mulus.
8-   Hyerim & Hyun? Sesuai tak?? Nama yg paling romantik sekali = HYURIEM!! J
9-   Cerita nie sesuai dengan lagu MY FIRST SIGHT KISS – YANG YOSEOB (B2ST) FT  DALMATIAN. Lagu nie pun sempena krismas juga! Haha J
10- Winter Love debbeakk!!


SEBAB APA WANIE PILIH WATAK DARI ARTIS YANG TERKENAL? ADAKAH SIKAP MEREKA YANG WANIE MAKSUDKAN ITU SAMA?

1-    Tak kot? Ye kot? Haha! J L
2-   Wanie suka tgok Seohyun (UKISS) sebab masa die nyanyi lagu <Neverland> best lah pulok! wajah dia nampak matang.. wanie suka lelaki macam nie!
3-   Minat UKISS tu taklah sangat! Tapi semua song diorg mmg awaesome! Huhu!
4-   Yoo In-na ? hurm.. wanie suka minah nie! Mukanya comel betullah butt tak tahu la ori ke tut ori? Haha! Jgn mrah ya Fanz In-na! Wanie joke jer!
5-   Baro? Wanie suka mamat nie, tyme dia rapper mmg shock! Voicenya mcm TOP! Garau!
6-   Wajah halyu Seohyun mmg boleh cairkan winter!   JJ


5-Short Story : You Are My Hero !!



Tajuk : Your Are My Hero!
Pelakon :
1-      Hwang Chan Sung (2PM) – Chansung
2-      Mun Geun Young – Hyun So Sunny
3-      G-Dragon (Big Bang) – JinYoung
4-      Narsha (Brown Eyed Girl) – Narsha
5-      Sunhwa (Secret) – Mieyra


“Cik Jinyoung tolong serah diri”bentak polis lalu menendang pintu bilik hotel.Jinyoung yang tidak sempat melarikan diri terpaksa di tahan. Jinyoung telah diburu oleh polis sejak 7 tahun yang lalu atas kesalahan  mengedar dadah dan tertuduh membunuh. Kring..kring...kring..Sunny yang sedang lena di kamar terjaga dan mendapat satu panggilan “Yubseayo,Sunny”,”Nea,Jinyoung! Awak dimana?”,”Maafkan saya kerana tidak dapat menjaga awak dengan baik. Saya telah di tahan. Kemungkinan saya akan di gantung”ucap Jinyoung. Aku amat terkejut sekali apabila mendapat berita itu dari kekasihku lalu aku jatuh pengsan.
Setelah sedar dari pengsan,aku bergegas ke balai polis dengan menaiki teksi. Setiba di sana,aku dibenarkan melawat. “Sayang,maafkan saya. Saya memang mengaku mengedar tapi saya tak bunuh orang. Percayakan saya Sunny” jelas Jinyoung. Aku masih tidak dapat menerima hakikat,air mataku semakin deras mengalir. “Sayang jangan menangis. Sekiranya saya tiada di dunia lagi, jaga diri sayang baik-baik ya?”pesannya lagi. “Saya akan dihadap mahkamah pada 7 Dis ini. Awak tolong hadir ya?”pesannya.”Ok masa tamat untuk melawat.”kata pengawal disitu.

Di mahkamah,

“Adakah Jinyoung bersalah atas tuduhan mengedar dadah pada 2 Feb 2006,10 malam di Kelab malam Lady? Dan pada 24 Julai tertuduh membunuh Park Jea Young iaitu pengurus syarikat kelab malam Lady ?” soal hakim. “Saya mengaku saya bersalah dalam tuduhan mengedar dadah tapi saya tidak membunuh Park Jea Young”jawab Jinyoung. “Saya membantah tuan hakim. Jinyoung telah membunuh Park Jea Young di kelab malam dan pada masa yang sama saya berada di situ.”bantah seorang defendan. “Baiklah tunjukkan buktinya.” kata tuan hakimnya lagi.”Tapi memang betul dia yang bunuh,Maaf tuan hakim saya tiada bukti hanya saksi sahaja yang ada”jawabnya lagi.”Siapakah saksi tertuduh?” soal hakim,”Hyun So Sunny,tuan”jawabnya.”Cik Hyun So Sunny tolong masuk ke kandang saksi”arah seorang disitu. Aku pun menuruti saja arahannya. Aku memandang Jinyoung dengan penuh rasa sedih sekali. “Sebenarnya tuan hakim,memang Jinyoung tidak bersalah sama sekali. Bukan dia yang tikam Park Jea Young,yang menikamnya adalah Hyumea Hikaru. Hyumea adalah berbangsa Jepun dan dia telah mengajak Jinyoung menemaninya untuk berjumpa dengan Park Jea Young atas urusan dadah. Pada masa itu, saya,Jinyoung dan Hyumea. Dan ini buktinya” aku menunjukkan resit belian dan surat perjanjian pembeli.”Dimanakah sekarang Hyumea Hikaru,cik Hyun?”soal defendan. “Dia telah melarikan diri sejak membunuh Park Jea Young”jelas aku lagi. “Baiklah tak kiralah sama ada membunuh atau tidak. Tapi kes yang paling berat ialah mengedar dadah. Dadah yang dijumpai seberat 700 kilogram dan akan di hukum gantung sampai mati.”arah tuan hakim. Aku berasa sangat sedih sekali dan aku jatuh pengsan. Aku terasa tubuh aku di angkat oleh seseorang dan dia menyelimutkan aku.
Apabila aku sedar aku dapati aku di dalam rumah seseorang,”Cik rehat dulu jangan bangun,sekejap lagi saya bawakan air untuk cik.”jelas seorang lelaki.”Eh..sekejap! sekarang nie saya berada di mana?”soal aku.”Ouh.. kenalkan saya Chansung. Tadi awak jatuh pengsan di parkir kereta. Jadi saya bawalah awak pulang kesini. Jangan risau saya tak apa-apakan awak”jelas Chansung dengan lembut sambil berjabat tangan dengan aku. “Awak masih bersekolah ke?” soal Chansung. “Ya,saya masih bersekolah dan ini tahun akhir saya” jawab aku.”Ouh ye ke? Samalah tahun nie pun tahun terakhir saya,awak kelas apa?”soalnya.”Saya kelas 5 A-2.”jawab aku.”Hurm..nampaknya kita berjiranlah”katanya.”Jiran? apa maksud awak?”soal aku dengan penuh hairan. “Saya kelas 5 A-1”jawabnya.”Ouh..huhu” perasaan sedih kian surut apabila aku di hibur oleh seorang lelaki yang telah menyelamatkan aku.

“Kamsahamnida Chansung”ucap aku kerana dia telah menghantar aku pulang ke rumah. Dia membalas dengan senyuman. Penatnyalah seharian aku tiada di rumah. Banyak yang aku perlu kemas. Hari dah larut malamlah. Tidur sajalah.

Keesokkan harinya,

Aku nekad nak pindah ke tempat baru,apa yang penting janganlah aku dekat lagi dengan segala kenangan dengan Jinyoung. Siap berkemas,aku pun melangkah keluar dari rumah dan aku terpaksa tinggalkan pelajaran aku. Dan aku mahu hidup sendirian,aku dah tiada mak ayah apatah lagi orang yang aku cintai sudah pun melakukan kesalahan yang tiada maaf dan tiada peluang untuk hidup lagi.

“Wah..cantiknya rumah kau nie”puji aku pada Narsha.”Hurm.. sementara kau tak da tempat nak tinggal nie. Kau tumpang sajalah rumah aku nie. Lagipun mak ayah aku dah pulang England hanya aku dan kakak aku sajalah. Itupun kadang-kadang tak balik sebab sibuk dengan tugasannya.”jelas Narsha. Narsha adalah seorang kawan yang selalu menolong aku tak kira susah dan senang pun. Aku sayang kawan macam  nie. “Kau lupakan sajalah si Jinyoung tu. Aku harap kau bahagia disini.Eh..kau nak air apa? Aku buatkan.” Kata Narsha.”Hurm..tak apalah Narsha.”jawab aku lagi.”Kau kemas sajalah apa yang patut.”katanya lagi.

Esok aku nak cari kerja,tak kiralah kerja apa pun. “Hai aku Mieyra! Kakak Narsha”sapa seorang perempuan.”Hai aku Sunny.”jawab aku.”Tengah cari job ke?”soal Meiyra.”Ya,kenapa? Ada kosong untuk saya ke?”soalku. “Ok,mulai esok kau ikut aku”cadang Mieyra. Aku mengangguk tanpa seribu kata.

Keesokkan paginya,

“Sunny kau dah siap ke belum. Lagi 10 minit kita bertolak”,”Ok,kejap ya?”. Setiba disana kelihatan ramai sekali dan suasananya amat gelap. Aku berasa takut sekali. “Tugas kau hanya menjadi pelayan kelab nie ok? Sekiranya ada VIP nak kan layanan kau join ok? Dengan itu kau akan banyak dapat income!”katanya. Maksudnya aku menjadi GRO la. Mana aku nak lari nie. Banyak persoalan di fikiranku. Aku amat bingung sekali. “Cik,marilah sini”tegur seorang lelaki di situ.”Mari ikut saya”tarik seorang lelaki yang memakai baju warna oren itu. “Awak nie siapa? Eh.. lepaskan saya!”jerit aku yang entah dengar entah tidak. Kerana muziknya sangat kuat. “Diam! Saya orang baiklah. Saya Chansunglah”jawabnya kembali. “Kenapa awak ke sini?”soal aku dengan penuh kehairanan. “Semalam saya datang kerumah awak. Dan jiran awak mengatakan awak dah berpindah kerumah kawan awak. Awak tahu tak itu rumah siapa? Itu rumah bekas teman wanita saya tahu? Awak tolong keluar dari rumah itu juga. Kakaknya suka menjual orang. Termasuklah awak!”jelas Chansung. Aku terlopong dengan seribu makna.
Sejak Chansung berkata sedemikian, aku pun berpindah keluar dari rumah itu. Dan aku bagi alasan yang mengatakan aku dah sewa di tempat lain. Padahal aku terpaksa menumpang ke rumah Chansung. Nasib baik ibu bapa Chansung faham akan keadaan aku.”Sunny,buatlah rumah nie macam rumah sendiri ya?”ucap ibuya.

Suatu petang,

Kring...kring..kring... “Hei Chansung kenapa awak amik Sunny dari saya? Awak nie mmg dah melampaulah”,”Melampau awak kata? Awak tu yang tak sedar diri. Sampai hati awak nak rosakkan Sunny. Ingat saya dapat tahu awak berhubung dengan Sunny nahas awak!”amaran Chansung pada Mieyra. “Ouh nak cabar saya ya? Nanti awak tunggu sajalah habuan emas awak tu”.”Kalau awak berani nak apa-apakan Sunny,nyawa awak di hujung tanduk saya saja tahu?”amarannya lagi.

Tepat pukul 10 malam, Chansung masih belum pulang lagi kerumah. Aku berasa tidak sedap hati dan jiwa aku semakin resah gelisah. Aku pun mencari Chansung setiba di satu lorong, aku ternampak seorang lelaki terbaring di atas jalan dengan muka yang penuh darah dan badan penuh kesan lebam. “Chansung ini awakkah?”,”Ya saya”,”Kenapa awak jadi macam nie? Siapa yang lakukan sebegini pada awak?”,”Mieyra..”. Aku terasa amat berangin saja di hati aku nie.

Selepas kejadian itu, hidup aku dan Chansung amat bahagia. Tapi aku hanya menganggap dia sebagai kawan dan abang bagi aku. Ibu bapa dan adik beradiknya amat mesra dengan aku. Tapi di dalam hati aku masih rindukan dakapan Jinyoung. Aku rindukan nyanyian dan segala-galanya tentang Jinyoung. Mungkin lepas aku berpisah dengan Jinyoung aku harap tiada siapa lagi yang menggantikan tempat kasih Jinyoung. Biarlah aku anggap dia kekasih aku yang terawal dan terakhir.

“Oit.. termenung jauh nampak?”tegur Chansung. “Eh, taklah”jawab aku. “Awak masih teringatkan lagi Jinyoung ke?” soalnya lagi. “Hurm.. nampaknya tepat jawapan anda.”jawab aku lagi. “Hurm.. awak lupakan sajalah. Mungkin susah bagi seseorang melupakan tapi awak boleh lakukan”katanya lagi. “Ok, saya akan cuba”jawabku lagi. “Kalau tak boleh lupakan.. tenung muka saya nie”gurau Chansung. “haha..pandai-pandai saja. Awak nie dukun ker? Kalau tenung saja dah boleh lupakan kisah lalu. Haha.. dasyatlah awak nie”balas ku lagi.
Suatu malam,

“Eh.. tepat jam pukul 12 malam kita akan sambut Krismas!” kata Chansung. Segala persiapan telah pun mereka lakukan. Aku pun turut menolong mereka. Tiba-tiba ada orang mengetuk pintu,”Moseyo Chansung!”ucap Mieyra sambil berpura-pura baik di depan aku dan memeluk Chansung.”Ishh..lepaskanlah! saya rimas.”marah Chansung. “Ala, awak nie macam tak biasa pula”katanya lagi sambil menjeling kea rah aku. Aku hanya menundukkan kepala manakala ibu bapanya buat tak tahu sahaja seolah-olah Mieyra tiada dihadapan aku. “Awak kita bersama balik nak tak? Saya sayang awak tahu? Maafkan saya pasal hari tu tau?”ucapnya.”Apa? eii.. tak mahulah. Saya dah ada pengganti lagi baik dari awak.”,”Ouh ye ke? Siapa?”, lalu Chansung menarik lengan aku dan menunjukkan aku kepada Mieyra. “Ish.. budak kotor nie?”soal Mieyra yang tidak puas hati. “Tak lama lagi aku akan berkahwin dengannya”jawabnya lagi. Terkejut bukan kepalang lagi. “Betullkah dia nak kahwin dengan aku? Huhu.. main-main saja kot.”bisik ku dalam hati. “Betul saya akan kahwin dengannya. Sunny saya akan kahwin dengan awak tak lama lagi. Ini betul-betul bukan main-main.” Dia memegang erat tangan dan dia mengucup dahi. Sebentuk cincin telah pun di sarungkan di jari manisku. “Awak nie kan? Grr..”marah Mieyra dan terus keluar dari rumah.

Sebaik keluar dari rumah Chansung, dia telah di kepung oleh polis. “Awak Mieyra, awak akan ditahan kerana kesalahan mengupah orang membelasah cik Chansung” kata polis itu. Mieyra yang tidak dapat melarikan diri itu, terpaksa di gari dan di bawa ke balai. Ting..tong..”Tepat jam 12 tengah malam. Yahoo... krismas.”jerit aku dan Chansung.

Pada hari keesokkannya di gereja,

“Cik Chansung adakah awak menerima Hyun So Sunny sebagai isteri awak yang sah?”
“Ya saya terima”
“Cik Hyun So Sunny pula, adakah awak menerima Chansung sebagai suami awak yang sah dan mencintai Chansung sehingga akhir hayat?”
Aku terpaku disitu, dan aku berbisik pada Chansung “Betul ke awak cintakan saya seadanya?” “Ye saya cintakan awak”
“Baiklah, saya terima dengan seadanya”.




SINOPSIS

Seorang gadis malang yang bernama Hyun So Sunny. Sunny dan Jinyoung adalah sepasang kekasih. Jinyoung telah ditangkap kerana melakukan kesalahan iaitu mengedar dadah dan tertuduh membunuh Park Jea Young. Jinyoung selama ini telah menyembunyikan diri selama 7 tahun. Padahal bukan Jinyoung yang membunuh tapi Hyumea Hikaru. Walaupun Sunny telah memberikan keterangan pada tuan hakim tersebut namun tiada alasan kukuh terpaksalah tuan hakim menjatuhkan hukuman berat pada Jinyoung. Ketika Sunny di parkir kereta dia telah jatuh pengsan akibat tidak dapat menerima hakikat. Dia telah di selamatkan oleh seorang lelaki yang bernama Chansung. Dari situlah bermulanya Sunny berkenalan dengan Chansung.Sunny telah berpindah ke tempat lain untuk mencari ketenangan. Namun ketenangan yang Sunny harap itu tidak bertahan lama apabila Sunny hampir menjadi GRO di sebuah kelab malam. Sekali lagi Chansung telah menyelamatnya dari dia di jual. Sunny mengambil keputusan sekali lagi untuk berpindah keluar dari rumah kawannya; Narsha. Dan semenjak itulah Sunny tinggal sementara di rumah Chansung. Ibubapa Chansung amat memahami dengan keadaan Sunny. Dan mereka telah menganggap Sunny itu sebagai anaknya. Semakin hari semakin akrab hubungan Chansung  dan Sunny dan ibubapa Chansung amat merestui hubungan mereka. Cuma Sunny hanya menganggap Chansung sebagai abang dan kawannya. Cinta Chansung pada Sunny tidak pernah pudar dek kerana gangguan dari bekas teman wanitanya; Sunhwa iaitu kakak kepada Narsha. Namun segala yang dugaan telah pun berakhir dengan perkahwinan. Chansung dan Sunny bahagia menjadi sepasang suami isteri yang sah.


*untuk pengetahuan J

1-      Akhirnya tamat segala kecoh-kecoh dalam kisah nie. Haha! Penat wanie karang cerita nie.
2-     Sepertimana yang wanie selalu katakan. Maybe kisah nie wujud cuma wanie tak berpeluang lagi nak dengar.
3-     Kisah nie macam drama kan? Haha! J
4-     Wanie pun sekarang pwning, mana nak akhirkan kisah nie! Mana sesuai nak letak slot cam nie cam tu!
5-     Mulanya wanie pening gak apalah wanie nak gunakan watak si Narsha and Sunhwa nie?
6-     Kepada chingu2 wanie janganlah anggap wanie seorang yang perasan erk? Sebab mesti korang tertanya-tanya kenapa asik nama Hyun So Sunny saja yang keluarkan? Haha! Wanie dah kekurangan idea meh L
7-     Doakan wanie semoga menjadi Pengarah!
8-      Wanie nie sebenarnya tak suka pun nak mengarang kisah-kisah nie tapi bila tengok ramai fanz wat demikian so i try la!
9-      Bila da update story nie, harap jangan lah lupa nak bagi idea kat wanie. sekiranya idea anda bernas dan luarbiasa Insayallah wanie gunakan. J
10-  Wanie pun tengah cari idea untuk karang lagi.
11-   Mesti pelikkan? Kenapa wanie yang tak suka mengarang nie suka mengarang pula? Wanie tak pernah terfikir pun apa yag terlintas. Sekiranya idea tu terlintas di fikiran wanie terus catatkan.
12-  Cita-cita wanie bukan menjadi pengarang novel butt speaciallist IT! Haha!
13-  Sekirannya anda semua membaca semua kisah ini dan sekiranya ada persamaan dengan situasi anda diharap janganlah bersedih. Wanie hanya reka sahaja.
14- Semua kisah ini bukan berkenaan hidup wanie.
15-  Pasti pelikan kenapa cerpen Im Your Chesse & You better than him! Tak di siarkan, sebab kisah nie ada kene mengena dengan hidup wanie. So that story not public.
16-  Sekiranya banyak kesalahan tatabahsa ke? Minta maaf ye? Semua kisah yang wanie karang nie hanyalah sekadar suka-suka. Hope enjoy it ! J


SEBAB APA WANIE PILIH WATAK DARI ARTIS YANG TERKENAL? ADAKAH SIKAP MEREKA YANG WANIE MAKSUDKAN ITU SAMA?

1-      Kenapa pilih G-Dragon/Jinyoung dalam kisah nie? Hurmm.. sebab wanie fikir die sorang sajalah yang sesuai. Lakonan dalm klip lagu <Haru haru> dan< Im sorry but i love u> mmg berkesan menjdi seorang kekasih yang bertanggungjawab.
2-     Wanie bukan nak katakan yang G dragon sesuai jadi orang jahat bukan macam tu Cuma watak tu kalau die lakokan memang kena gaya.
3-     Mun Geun Young? Dah 2 kali dia terpilih dalm kisah wanie sebab dia mmg pandai melakokan pelbagai watak. And she my fav actor.! J
4-     Hwang Chansung? Hurm.. dia seorang yang kacak di mata wanie! Haha! Butt dia mmg sepadan dengan Mun Geun Young!
5-     Narsha dan Sunhwa? Hurm.. bagi fanz yang minat diorang berdua nie, wanie mintak maaf banyak2 lah sebab bagi karekter jahat kat diorang. Tapi kalau di ikutkan sunhwa mmg tak sesuai jadi jahat. Tapi apa salahnya mencubakan ?
6-     Hope u enjoy it to read all my short story! And please support! J

4-Short Story : I am A True Girl!!



Tajuk : I’m a True Girl.
Pelakon:
1-      Kim Jeajong (JYJ) – Gary Joe
2-      Lee Chan Hee (Teen Top) – Chun Ji
3-      Lee Ji Eun – Kim Rara
4-      Shin Dong Ho (UKISS) – Park Jea Eun
5-      Lee Hong Ki (FT ISLAND) – Young Mea
6-      Jin Young (B1A4) – Jimmy


“kamsahamnida!”ucap Jimmy mengakhiri persembahan terakhir mereka di Stadium Arena Jamsil,Korea.Rara,Jea,Young dan Jimmy adalah sebuah band yang popular yang digemari seluruh Asia.Selepas mereka membuat persembahan terakhir mereka,mereka pun menukar pakaian dan akan terus ke destinasi yang seterusnya untuk persembahan konsert jelajahnya.”Bos,apa macam? Happy x?”tegur Rara yang seorang pemain drum dan penampilannya yang agak menyerupai lelaki.”U happy,I pun happylah”balas En.Joe dengan rasa gembiranya.”Rara,Jea,Young dan Jimmy. Kamu dengar baik-baik,next week kamu ada undangan dari Butik pakaian Black Kiss iaitu hari pembukaan syarikat mereka dan kamu adakan persembahan di Hotel Pinky Dotty.So buat yang terbaik!”nasihat En.Joe selaku pengerusi band Hey! Sky Morn’(SKM).”Orait bos! No hal,small matter!”balas Rara.”Kau nie semua small matter tak ada big matter ker?”kata Jimmy sebagai ketua band dan vokalis utama.”Kau nak big matter macam mana?” sambil tunjuk penumbuk pada Jimmy dengan selamba.”Ishh..kau nie main kasar kan.haha”gurau Jimmy.

Di asrama mereka,

Walaupun Rara seorang perempuan tapi aku tidak pernah tidur bersama Jimmy,Young mahupun Jea.Hanya perangai yang seakan-akan lelaki membuatkan mereka cepat mesra.”Wei Rara,kau nie umur dah 25 tahun tak ada sapa ke nak ngan ko? Kau tu kalau pkai gaun mesti cantik lagi comel”gurau Young.”No love in my life,Just jamming and drum insert in my mind!haha,aku nak pakai gaun? Sorry to say la beb!”spontan Rara.

Di Hotel Pinky Dotty,

“Annyeonghasayo,baiklah sempena pembukaan Butik pakaian Black Kiss. Dengan itu pembuka tirai kita ialah persembahan dari Hey! Sky Morn’..”ucap seorang MC di situ.”Annyeonghaseyo kepada Pengerusi Syarikat ini,saya dan member mendoakan agar Syarikat encik berkembang maju”.Selepas membuat persembahan mereka dilawa untuk menjamu selera bersama tetamu yang lain.Sedang Rara mengambil pencuci mulut,ada seorang lelaki terlanggar dia.”Maafkan saya,saya tak sengaja”mohon lelaki itu.”Fuhh..nasib baik tak tumpah atas baju aku.Ok brother,lain kali hati-hati sikit”.nasihat Rara.Lelaki itu tanpa membalas kata-katanya dan hanya memberi senyuman padanya.Rara terus berlalu dari situ.

Di belakang pentas,

Aku yang sedang leka mendengar lagu di Ipod aku di sapa oleh seseorang,”Annyeonghaseyo cik!”tegur orang itu. Aku yang masih tidak mendengar sapaan orang itu terus leka dengan dunianya.Orang itu menanggalkan earphone aku,dan aku amat terkejut sekali.”Huh..Encik nak apa? Terkejut saya tahu?”,”Saya nak menemu ramah cik boleh?”,”Boleh,meh la dok sini”ajak Rara dengan selamba.Wartawan itu pun memulakan temu ramahnya.Selesai dari temu ramah itu,Rara dan member yang lain meminta izin untuk pulang.
“Jimmy,perut aku sakitlah! Nak ke tandas jap”pinta aku.”Orait,lebih 5 minit tinggal ye?”amaran Jimmy.”Ok lah”ucap aku yang tidak tahan nak ke tandas.Keluar dari tandas saja,tiada kelihatan vannya pun.”Hurmm .. mmg betul aku ditinggalkan. Nanti korang nak tercirit ke,nak terkucil ker? Aku tinggalkan korang pulak.”marah aku.”Cik nak balik ke? Nak tumpang?”kata seorang lelaki yang memakai kereta BMW.”Hurmm.. bolehlah. Kat sini mana ada bas pun.”balas aku lagi.”Eh..kau nie yang langgar aku masa kat dewan hotel tu kan?”cam aku.”Ha’ah.. nama aku Chun Ji.Selamat berkenalan”ucap Chun Ji sambil berjabat tangan dengan aku.

Di asrama,

“Woi.. sampai hati korang kan? Tinggalkan aku sorang-sorang kat sana? Nasib baiklah ada mamat tu baik hati tolong hantarkan”marah aku kat membernya.”Tu lah aku cakap jangan lebih 5 minit kan?”ingat Jimmy.”Eh..aku nak tanya sikit. Kalau koranglah sakit perut,berapa minit korang dalam jamban?”soal aku dengan muka sinisnya.”Entahlah,selama aku buang air tak pernah aku kira berapa minit dalam tandas”jawab Young.”Dahlah korang nie dengan Rara pun nak cari masalah.Korang nie lelaki kan? Tunjuklah sikit yang korang nie lelaki depan Rara. Tak gentleman langsung”celah Jea.”Ye la mak encik”balas Jimmy.
Rara teringatkan lelaki yang menghantarnya pulang sebentar itu tadi. Tiba-tiba dengan sendirinya aku memuji kecomelan lelaki itu. Selama ini aku tidak pernah memuji lelaki mana pun.Hairan!

Di studio,

“Annyeonghaseyo,saya ada satu pengumuman penting kepada kamu semua. Dengar baik-baik”arah Joe.”Kita ada seorang Assistant Manager baru dipersilakan Cik Chun Ji..”ucap Joe. Chun Ji pun masuk ke dalam studio dan memperkenalkan dirinya “Annyeonghaseyo,saya adalah kawan baru anda semua”ucap Chun Ji sambil tunduk hormat kepada grup tersebut. Aku yang terpinga-pinga mengingatkan wajah lelaki itu.Ya,dialah yang menghantar aku pulang semalam. Aku pun berbisik pada Young dan Jea “weh,dia nielah yang hantar aku balik semalam” kata Rara pada mereka.”Iya ke? Semalam aku nampak gak mamat nie kat Hotel tu” balas Jea.”Huh..segaknya mamat nie. Kau tak tergoda ke Rara?”gurau Young.”Ish.. kau gila! Maybe dia dah berpunyalah kau jangan nak sebar fitnah pula kat orang” amaran Rara pada Young. Jimmy pula memperkenalkan dirinya begitu juga yang lain.Tiba giliran Rara,”Eh awak yang saya hantar pulang ke rumahkan?”soal Chun Ji pada Rara.Rara yang agak blur itu pun mengangguk dengan teragak-agak.

Selama sebulan Chun Ji bersama anak buah mereka,pelbagai kenangan manis yang dilalui bersama. Rara yang merasakan hatinya mula berbunga pada penolong ketuanya; Chun Ji. Tapi cepat saja Rara berpaling pada yang lain. “Rara termenung jauh nampak?”tegur Chun Ji sambil menghulurkan secawan air kopi.”Eh.. tak adalah”balas Rara.”Petang tak ada latihan,jom keluar nak?” ajak Chun Ji.”keluar?? huh.. tengok dululah. Apa-apa nanti aku contact kau”balas Rara yang hampir tersedak minum kopi.”Apalah Rara nie,baru ajak keluar dah tersedak-sedak”kata Chun Ji dengan selamba.”Hahaha.. mana ada lah.Eh..aku nak keluar jap.Thanks for this coffee”ucap Rara yang agak blur. Memang betul,mana-mana lelaki tak pernah ajak aku keluar melainkan Jimmy,Jea atau Young. Adakah nie temu janji? Ala,pakaian apa yang sesuai dengan aku? Gaun mana ada? T-Shirt,kemeja dan Jaket ade lah. Apa pandangan peminat aku sekirnya aku pakai skirt atau gaun? Argghh... peninglah! Hurm pakai sajalah t-shirt dan jaket dengan skinny jean..Siap! Semasa perjalanan ke kafe tu,aku ternampak set gaun yang cantik sekali di almari kaca. “Cantik kan?” tanya Chun Ji.”Hurm..cantik tu mmglah cantik. Tapi saya yang pakai semua orang gelakkan.”balas Rara.”Iya ke? Belum cuba belum tahulah”balasnya lagi.”Eh.. jomlah kita nie sebenarnya nak ke mana?” soal aku dengan hairan.”Itu la..”tunjuk Chun Ji kearah kafe itu.”Handle & Grattle?”bisik dalam hati aku.

Di kafe,

“Sandwich tuna satu dan Choccolate Latte bland satu” pesan aku.Sedang Chun Ji membalas khidmat pesanan ringkas (sms),secara tidak sengaja aku merenung mukanya dengan rasa ingin tahu. Siapakah aku sebenarnya pada diri dia? Tiba-tiba dia perasan yang aku merenung mukanya;berkata “Nape Rara pandang Chun Ji macam itu? Ada yang tak kena ke?” soal Chun Ji kehairanan.”Eh.. tak adalah. Kau ok jer!” balas aku dengan malu. Selesai makan,Chun Ji bawa aku ke taman. Aku dapat rasakan bagaimana kalau aku sendiri bercinta. Tiba-tiba hujan mulai turun. Aku yang agak kuyup dia melindungi aku dengan jaketnya “Rara,rapat sikit. Nanti tak adalah basah sangat baju awak” ucap Chun Ji. Pertama kalinya,aku berjalan dalam dakapan seorang lelaki. Setiap langkah yang aku rasakan amat lambat bergerak. Di stesen bas aku dan dia berteduh. Aku tiba rasa kasihan pada Chun Ji pula.
Bagi aku dakapannya begitu hangat sekali walaupun baju aku habis dibasahi oleh hujan tapi yang aku rasakan bajuku kering-sekeringnya.

Di studio keesokan harinya,

“Rara harini tak dapat jalankan latihan bersama kita”ucap Jimmy pada Joe.”kenapa pula?”balas Joe yang rasakan pelik pada Rara.”Sebab dia demam. So,dia minta kita mulakan dulu”.”Demam?”celah Chun Ji.”Ha’ah! dia demam”balas Young. Chun Ji berlari menuju ke asrama Rara dan dia membawakan ubat demam untuk Rara.”Rara,makan ubat demam nie cepat” ucap Chun Ji pada aku sambil memberi ubat pada aku. Aku begitu terkejut dan terharu sekali,kerana dia sanggup pergi ke asrama aku semata-mata membawakan ubat demam pada aku. Mulalah aku jatuh hati padanya dalam diam.
“Rara rehat saja hari ini, saya temankan awak ya? Awak sambung balik tidur.”pesan Chun Ji pada aku. Baiknya hati dia, aku bukan tak percayakan pada lelaki tapi aku takut terjerat dalam ayat-ayat manis seorang lelaki. Lalu aku pun sambung lenaku.
Apabila aku terjaga dari tidur aku,aku dapati tangan aku di gengam erat oleh Chun Ji dan aku dapat rasakan yang dia ada hati pada aku. Aku takut satu saja? Nak tahu? Aku tak pandai bercinta sebenarnya. Chun Ji pun terlena,aku menyarung tubuhnya dengan selimut. Dan aku pun pura-pura lena sambil tanganku memenggang erat tangannya. Demam ku menjadi pulih disebabkan seorang lelaki yang telah menjaga aku.

Keesokkan harinya di studio,

“Rara macam mana kamu hari nie? Dah sihat?”soal joe pada anak buahnya.”Baik punya” balas aku sambil menunjukkan thumbs up! “Haha..”gelak Joe. “Awak macam mana? Sihat? Ubat tu kalau demam lagi makan saja”pesan Chun Ji pada aku. Tapi manakala Jimmy kelihatan kurang selesa melihatkan aku dan Chun Ji amat akrab.”Rara cepatlah praktis lagu baru nie!”desak Jimmy.”Orait bos” balas aku dengan selamba. Semenjak dia ada di sini,hati aku semakin tak tentu arah. Kadang-kadang gelisah,adakalanya aku happy tak tentu pasal. Sekarang nie mood aku lain macam.”Rara aku nak cakap kat kau boleh tak?” soal Jimmy. “Kau boleh tak jangan nak keluar saja ngan mamat tak faedah tu?” marah Jimmy pada aku.”kau tahu tak? Semenjak dia ada kat sini, kau asik melekat ngan mamat tu saja. Dah lah Assistant pemalas tahu makan gaji buta saja”marahnya lagi. Aku sedar banyak aku buat salah padanya. Semenjak dia ada di sini aku banyak termenung dan banyak leka. Aku tak seperti dulu yang selalu fokus pada kerjaya aku sebenarnya. Tiba-tiba air mata aku mengalir dan aku terus berlari  berlari ke tandas. “ Tu lah, baru nasihat sikit saja dah nangis! Malas betul aku nak layan perempuan macam ni”marahnya lagi.

Pada hari perlancaran album baru,

Selepas upacara perlancaran itu,sebenarnya aku nak luahkan cinta aku pada Chun Ji. Tapi aku ternampak Chun Ji sedang bermesra dengan seorang perempuan yang cantik sekali mmg jauh bezanya dengan aku. “Aku rasakan dia telah tipu aku. Siapkah aku sebenarnya pada dirinya?” jerit dalam hatinya. Air mata aku pun mulai mengalir,tangan aku seolah ditarik oleh seseorang.Jimmy yang tarik.”Lain kali,janganlah percaya”ucap Jimmy lalu memeluk aku di tepi tangga.

5 tahun kemudian,

“Rara nie ada bungkusan untuk awak.”ucap Joe sambil menghulurkan bungkusan itu pada aku. Bila aku membuka bungkusan itu, aku dapati ada set gaun yang berwarna putih dan di hiasi labuci.”Wah cantiknya” puji Jea dan Young. Selepas tamatnya hari perlancaran, Chun Ji pun menyertai khidmat tentera dan Jimmy pula melanjutkan pelajaran di New York sehingga sekarang tiada khabar berita. Tapi siapa yang bagi yer? Eh ada  kad lah!


Annyeong Rara J
Rara dah lama kita tak berjumpa selepas majlis perlancaran yang lalu. Diharap kita dapat berjumpa lagi. Gaun ini akan menggantikan diri Chun Ji pada Rara
Sekian,


Suatu petang di studio,
”Annyeonghaseyo,Rara dah lama tak jumpa. Cantik tak gaun yang saya belikan tu?” soal Chun Ji. Aku tanpa berkata apa-apa hanya mengangguk. “Kenalkan nie bakal isteri saya Hyurin”balasnya lagi. Apa? Bakal isteri? Maknanya aku dah melepaslah nie. Air mata mulai gerimis,cepat aku berlari dari situ dan aku menangis puas-puasnya di belakang studio. Tiba-tiba ada seseorang yang memeluk aku dari belakang “Rara,janganlah awak menangis kerana lelaki itu. Tak ada bawa makna apa-apa pun. Nie saya Jimmy,saya memang memendam rasa cinta kat awak. Awak kenal dia berapa hari? Saya dah kenal awak dekat 10 tahun tahu? Dari mula kita jadi trainee lagi saya sayang dekat awak. Sarangheayo Rara. Please don’t leave me again. Can you trust me?” ucap Jimmy. Mata aku yang penuh berair di usap oleh Jimmy.” Chun Ji hanya nak mainkan awak saja. Dan sebenarnya dia banyak burukkan awak depan media. Dia kata awak memang tak layak jdi bunga hidup dia.. tapi awak layak jadi bunga hidup saya”jelasnya lagi.” Walaupun awak tomboy tapi sejujurnya saya sayangkan awak. Tak kiralah siapa pun awak dimata saya.Terimalah saya jadi pohon awak?”ucapnya dengan ayat manisnya.” Tak kira siapa pun saya? Betul? Kalau saya pocong awak sanggup terima?” gurau Rara. Lalu dia mengangguk. Sebegitulah alkisahnya apabila seorang tomboy menjadi perempuan yang lembut dan dia berjaya di halang oleh teman seperjuangannya iaitu Jimmy dari terus mempercayai lelaki yang gila perempuan seperti Chun Ji. Dan Chun Ji sebenarnya adalah lelaki pakai buang. Maka,dua pohon ini hidup bahagia dan mekar hingga ke akar umbinya.


SINOPSIS
Sebuah band yang terkenal di seluruh Asia. Diketuai oleh Jimmy sebagai Vokalis utama dan ketua band,Jea sebagai gitaris dan Rapper utama,Young sebagai gitaris dan manakala Rara sebagai pemain drum yang terandal. Rara seorang gadis yang beperwatakan seperti lelaki. Rara juga tidak pernah bercinta dengan sesiapa dan hanya cinta pada drum dan jamming studio sahaja. Gary Joe atau lebih dikenali Joe adalah seorang Pengurus band tersebut; Hey! Sky Morn’. Tetapi kehidupan Rara segalanya berubah sekelip mata, apabila dia di hantui oleh seorang lelaki pakai buang iaitu Chun Ji dan menjadi Assistant Manager band mereka. Rara yang lurus bendul juga tidak terlepas dari jerat cinta. Mereka berdua kerap keluar bersama tapi pada masa yang sama Jimmy amat menyampah dan meluat dengan gelagat mereka. Demi cintanya pada Rara, Jimmy sanggup menghalang Rara dari terus mempercayai pada Chun Ji. 5 tahun kemudian, Jimmy kembali pulang ke Korea untuk menemui Rara dan meluahkan rasa cinta padanya. Manakala lelaki yang selama Rara cintakan telah berkahwin dengan gadis pilihannya;Hyurin. Segala tipu daya yang Jimmy katakan telah menyedarkan Rara dari terus mengharap cinta pada Chun Ji. Akhirnya Rara yang berkelakuan seperti lelaki ini telah menjadi kekasih kepada kawan seperjuangannya sendiri iaitu; Jimmy. Jimmy telah menyimpan perasaan pada Rara sejak trainee lagi.

*UNTUK PENGETAHUAN J

1-      Alhamdulillah setakat nie dah 4 kisah yang wanie cipta antaranya
-          This love just for you
-          True love
-          I’m your chessee & you better than him!
-          I’m a true girl (kisah yang baru)
2-     Nanti wanie kumpulkan banyak2 ilham dan wanie akan rekakan.
3-     Kisah nie mmg menarik,memang sesuai kepada semua golongan.
4-     Kisah ini berdasarkan seorang gadis tomboy yang tidak pernah bercinta dan bertemu dengan Chun Ji iaitu Assistant Managernya dan merupakan ia adalah cinta pandang pertama Rara.
5-     Cuba teka cerita nie mcm sama dengan drama apa? HE IS BEAUTIFUL..butt mmg la cerita tu ada gadis tomboy.. tapi yang cerita tu dipaksa jadi tomboy manakala I’m a true girl nie mmg dari awal die beperwatakan seperti itu.
6-     Pada mulanya wanie nak rekakan yang Chun Ji tu akhirnya jadi milik Rara,tapi bila difikirkan balik. Erm.. macam tak best pula endingnya so wanie masukkan slot yang membuatkan Rara kecil hati dan hanya mengharapkan cinta sejati dari Chun Ji.
7-     Setiap kali nak mula mengarang sesuatu kisah, pasti wanie akan menghadapi kesukaran memilih pelakon. Misalnya,watak utama Lee Ji Eun atau IU sebab wanie tgok muka dia lembut mana mungkin dia boleh jadi tomboy. So,wanie bayangkan kalau dia memendekkan rambutnya paras tengkuk dan menjadi pemain drum sebuah band. Hurm.. barulah kena gaya. Dan suka mengenakan Kemeja,T-shirt stereo dan skinny jean. Sedangkan yang asalnya IU hanya suka mengenakan gaun paras lutut. J
8-      Sebenarnya wanie nak reka watak Chun Ji dengan lebih kejam pada Rara tapi di sebabkan muka Chun Ji yang sebenarnya agak polos dan comel macam tak padan pula.
9-      Gaun? Haha.. wanie teringin sangat nak pakai gaun..last wanie pakai tyme darjah 2 kot. Sekarang pula wanie gilakan seluar jean manakala gaun atau skirt wanie tolak tepi. Hurmm ..sesuai ke wanie pakai gaun?? Nanti kalau pakai takut semua lari pula. L
10-  Hey! Sky Morn’ tu sebenarnya wanie yang reka nama tu. Tapi yang real2 punya tak tahulah. Wanie bru nak blajar main drum dan kalau boleh biarlah handal macam Rara tu dan jgnlah dapat Assistant Manager mcm Chun Ji yang hanya tahu makan gaji buta dan tahu nak memperbodohkan ramai gadis saja. J L

SEBAB APA WANIE PILIH WATAK DARI ARTIS YANG TERKENAL? ADAKAH SIKAP MEREKA YANG WANIE MAKSUDKAN ITU SAMA?
1-      Sepertimana yang wanie cakapkan sekiranya Lee Ji Eun / IU memotong rambutnya dan handal bermain drum gerenti kena gaya.
2-     Skiranya ada filem macam nie atau serupa. Wanie nak minta maaf banyak2 sebab wanie punya kisah hanyalah rekaan semata-mata dan tidak berniat nak ciplak mana2 pihak.
3-     Wanie suka sangat tgok video klip Dont spray perfume on me (TEEN TOP) dlm klip tu Chun Ji atau nama sebenarnya Lee Chan Hee melakonkan sebagai lelaki pakai buang.(hehe..samalah pula! Tpi yg real adakah Chun Ji lelaki pakai buang?) L. Comelnya dia macam girl la! Kalau dia adik wanie,wanie pasti belikan gaun untuk dia(melebih plak aku nie)
4-     Sebenarnya dalam kisah tu,Jea yang main drum! Tapi melihatkan Rara tu seorang yang tomboy so wanie just bgi je la!
5-     IU/Rara tomboy? Haha.. sebenarnya wanie punya perangai nie ada persamaan dengan tomboy..butt wanie bukan lesbian atau tomboy yang gangster nie wanie tomboy yang baik. Cuma berapa hari nie, wanie jinak2 dengan Pashmina. Haha J
6-     Jinyoung/Jimmi? Sebab dia comellah dalam lagu Beautiful Targert (B1A4).. J. Memang layak lah jadi pohon cemara Rara.
7-     Jea/Dongho? Omo..cutelah mamat nie! Mmg talent mamat nie! Wanie letak 100% kat Dongho nie!
8-      Young/Lee Hong Ki? Hurm.. apa sebab erk? Sebab die mmg talent dlam gitaris.. dalam He is Beautiful kan dia as gitariskan?
9-      Jeajoong/Gary Joe? Baru2 nie Jeajoong kan melakonkan drama Protect The Boss dan memang sesuailah jadi bos! Haha
10-  Hope u like that all my story! And always support me to became writter novel one day! J